Jodol Kitab: Hadits-hadits Lemah & Palsu dalam Kitab Durratun Nasihin
(Keutamaan Bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan)


Penulis: Dr Ahmad Lutfi Fathullah, MA
(sebahagian Disertasi phD yang dikemukakan pada Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi)

Penerbit: Darus Sunnah Press, Jakarta
Edisi: Pertama , Okt 2004
Tebal: 138 ms ,
Harga
: RM 15.50
Pengimpot: Pustaka Indonesia, Wisma Yakin


-------------------

Bibliografi pengarang:


Dr Ahmad Lutfi, 41 tahun adalah graduan Ulum Hadits dari Universiti Damsyiq BA), Universitas Jordan (MA) dan PhD tahun 2000 di UKM Bangi. Tesis phDnya ialah mentakhreej (mengeluarkan) dan mentahqeeq (meneliti) hadith2 dalam kitab Durratun Nasihin. Tesis ini disempurnakan selama 3.5 tahun dan menggunakan library di lima negara (Turki, Syria, Jordan, Indonesia dan Malaysia)


Manakala kitab yg dicetak ini adalah sebahagian kecil sahaja dari tesis itu cuma meliputi takhreej dan tahqeeq hadits fadhilat Rejab, Sya'ban dan Ramadhan sahaja.

-------------------------------


Kita sungguh merasa bertuah kerana produk UKM sudah berada di pasaran buku untuk kita kongsi bersama hasilnya. Dr Lutfi dalam kitab ini menyajikan sebanyak 70 hadits dari bab fadhail rejab, sya'ban dan ramadhan. Kita mengharapkan tesis ini dicetak sepenuhnya supaya masyarakat kita menyedari betapa keburukan kitab Durratun Nasihin yang amat populer dijadikan kitab penglipur lara di mesjid-mesjid dan pondok sejak sekian lama. Walau bagaimanapun 70 hadits dalam bab fadhail rejab-sya'ban dan ramadhan ini memadai setakat ini untuk menjelaskan kekarutan kitab Durratun Nasihin karya alKhaubawi itu.


sekian