Jodol buku: Islam dan Masyarakat Melayu: Peranan dan pengaruh Timur Tengah

Pengarang: Dr Mohammad Redzuan Othman*
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
Edisi 1, tahun 2005
Tebal: 210 ms dan Harga: RM 30.00

------------------

* Prof Madya Dr Redzuan
Jab Sejarah, Universiti Malaya


Buku ini adalah tesis beliau yg dikemukakan kpd University of Edinburgh, UK. (1994) utk meraih phD.

Thesis ini membongkar kembali teori islamisasi nusantara, peranan dan pengaruh Timur tengah dalam membentuk aliran pemikiran Melayu kini dalam beragama (Islam) dan berpolitik. Tesis ini membuka kembali teori Islam dibawa ke Nusantara dan Malaya. Dan yg paling menarik ialah bagaimana tercetusnya aliran kaum Muda.


Buku ini dibahagi kepada enam bab:


Bab 1: PengIsalaman dan transformasi budaya Teori awal islamisasi, pembudayaan melayu dan cabaran kolonial


Bab 2: Ibadah Haji dan kepentingannya:
Ia menyorot bagaimana ibadah haji mempengaruhi umat melayu hasil interaksi melayu dengan perhimpunan tahunan terbesar dunia itu.


Bab 3: Makkah alHaram sebagai Pusat Intelektual
Bagaimana tiupan ilmu dari mesjidil Haram mempengaruhi Malaya


Bab 4: Pengaruh pan_Islamisme
Pengaruh Empayar turki (Uthmaniah) terhadap malaya


Bab 5: Sumbangan dan pengaruh Mesir (alAzhar alSyarif)
Bagaimana timbulnya pemikiran Islah (tajdid) dan pemikiran Kaum Muda


Bab 6: kesan dari pembentukan Negara Moden Turki
Pengaruh kemalisme (sekulerisme) terhadap pemikiran politik di rantau ini.


s2s