Alhamdulillah suka cita dimaklumkan penerbitan buku terbaru saya berjudul Daripada Suami Kepada Suami: 200 Ayat al-Qur'an dan Hadis Untuk Dikongsi Bersama .

Buku ini khas bagi memperkasakan para suami, namun para isteri turut dianjurkan membacanya bagi memahami peranan seorang suami.

Selari dengan keadaan perkembangan media massa dan untuk menggalakkan pembacaan, buku ini diterbitkan dalam edisi PDF sahaja dan adalah percuma. Ia tidak dicetak untuk jualan.

Layari ruangan E-Buku Hafiz Firdaus Abdullah dari menu utama untuk mulakan pembacaan dan mendapat manfaat darinya.