Alhamdulillah, sukacita saya maklumkan terbitan buku saya yang terbaru seperti berikut:
Penerbit:
Jahabersa, Johor Bahru.
07-235 1602
www.jahabersa.com.my
Harga: RM16.00
Di mana?
Kedai-kedai yang biasa menjual buku terbitan Jahabersa,
atau pesan terus dari penerbit.
Sinopsis ringkas:
Kadangkala sebuah buku itu kelihatan ilmiah, dipenuhi
dengan hujah dan dalil. Kemudian ia dihiasi dengan kata-kata aluan para
agamawan yang terkenal di tanah air. Namun apakah semua itu menjanjikan buku
tersebut menyampaikan ilmu yang benar? Tidak semestinya.
Salah sebuah buku yang dimaksudkan ialah “Amalan Sunnah
Selepas Solat dan Kelebihannya”. Penelitian, kajian dan analisa mendapati ia
mengandungi banyak kesalahan, sebahagiannya kelihatan seolah-olah disengajakan.
Buku di tangan anda sekarang ini membuktikan apa yang
disebut di atas. Jangan sekadar mempercayai kata-kata di belakang buku ini,
sebaliknya semaklah 36 kritikan yang terkandung di dalamnya. Nescaya anda akan
temui kritikan yang memeranjatkan.
Maklumat lanjut:
http://www.al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=11093/postdays=0/postorder=asc/start=0.html
Selamat mengkaji.