Tajuk: The One Minute Manager

Penulis: Kenneth Blanchard & Spencer Johnson
Terbitan: Berkley Books (1983)

Halaman: 111 m/s

Harga: RM10.90

Kedai Buku: Payless Bookstores (kedai buku2 murah/terpakai)

sila lihat website: www.paylessbooks.biz

 



Sinopsis/Ringkasan sepintas lalu:


Walaupun tajuk bukunya style menu "brokoli berkeju", tapi kak G masih akan menulis sinopsisnya dalam bahasa "kangkung goreng belacan" :-)


Setiap dari kita ni merupakan seorang manager/pengurus kepada orang lain yang dibawah tanggungjawab kita - samada kita ini merupakan seorang suami, ibu, ayah, abang, kakak, pakcik, makcik, pendidik, pemimpin (AJK masjid ke, ahli politik ke, dll), ataupun kita ini seorang pengurus sesebuah syarikat atau organisasi - setiap daripada kita perlu ada skil dan kemahiran di dalam menguruskan mereka2 yang dibawah pengawasan kita agar matlamat bersama dapat dilaksana, InsyaAllah.


Di dalam buku tersebut, penulis memberi contoh tentang bagaimana ikan paus diajar agar dapat melompat melepasi tali yang merintangi kolam yang agak tinggi dari aras air. Metod yang digunakan iaitu melalui cara diberi rewards (ganjaran makanan) setelah ikan tersebut berjaya melepasi aras tali yg direntangkan. Dengan menggunakan kaedah "set up little goals (bit by bit)". Mula2 tali akan diletakkan didasar kolam, lalu ikan tersebut akan diberi makanan tatkala berenang melepasi tali berkenaan. Kemudian, dinaikkan aras tali sedikit demi sedikit - jika berjaya melepasi tali, akan diberi ganjaran makanan lagi sehinggalah akhirnya matlamat akhir tercapai di mana ikan paus berkenaan akhirnya mampu melompat dari dalam air melepasi tali yang direntangi agak tinggi dari aras air (biasanya ada pertunjukkan sebegini di pusat2 peranginan (Waterworld).


Metod yang sama juga secara tidak kita sedari kita gunakan tatkala memotivasi bayi yang baru belajar berjalan dan bercakap. Apabila bayi dapat mengangkat kaki walau selangkah sajapun, kita ibuayahnya akan memberi ganjaran mencium dan memeluk (di kala yang sama sebenarnya kita pun excited semacam...) yang sebenarnya memberi galakan agar bayi mencuba lagi. Di kala bayi mula nak belajar bercakap, kita ajarkan sebut "ibu". Bila si bayi sebut "buh..buh..buh" sajapun, kita akan melakukan perkara yang sama. Justeru, dengan respon/feedback kegirangan/excitement yang kita tunjukkan itu sebenarnya memberi isyarat kepada bayi bahawa perbuatannya itu menggembirakan kita serta membuatkan dirinya merasa lebih disayangi sentuhan/pelukan/ciuman) serta akan sering-sering diulangi.


Jika diapplikasi tentang metod (goal setting/praising/reprimand) ini kepada anak-anak kecil kita yang mahu dididik agar melaksanakan solat 5 waktu sehari semalam (contohnya), apa yang mungkin boleh kita sebagai ibubapa lakukan;


Dididik secara jelas tentang matlamat kehidupan kita sebagai seorang Muslim iaitu mahu mendapatkan redha dan kasihsayang Allah dengan melaksanakan solat. Goal setting - laksanakan solat 5 waktu sehari semalam diawal waktu. Lalu diajari, ditunjukkan latihan secara amali. Mula-mula, kita berlapang dada jika masih ada kesilapan dari segi gerakbadan ataupun bacaan.


Secara berperingkat-peringkat, jika anak-anak berjaya mencapai matlamat kecil (mula-mula hafal pergerakkan tubuh badan, kemudian hafal bacaan2, dan seterusnya) - maka rewards (seperti kata-kata perangsang/penghargaan/appreciation) perlu diberi - nyatakan perasaan bahagia kita, sentuh mereka (berikan pelukan/ciuman), serta beri perangsang/pujian dari segi perbuatannya yang menjurus ke arah menjadi seorang anak yang soleh/solehah serta hamba Allah yang taat, InsyaAllah.


Tatkala anak2 kecil tadi meninggalkan solat secara sengaja, maka laksanakanlah kaedah reprimand (teguran/hukuman) - tegur/hukum perbuatannya, nyatakan perasaan kecewa kita di atas perbuatannya, namun demikian, perlu diyakinkan bahawa yang kita marah hanyalah perbuatannya dan kita menegur/menghukum disebabkan sayang dan ambil berat.


Dari segi mengajar anak2 mengenalpasti masalah serta mencari jalan penyelesaian yang paling wajar, perkara ini juga perlu diterapkan sedari awal dengan memberikan jalan-jalan/lorong-lorong ke arah penyelesaian lalu digalakkan agar mereka berfikir bagaimana mahu diselesaikan masalah-masalah berkenaan. Ianya boleh dimulakan sejak mereka mula mencampuri masyarakat luar - kawan-kawan di tadika, di sekolah, dsb. [waktu begini memang macam-macam masalah - bergaduh/bertekak dengan kawanlah, sorok/ambil baranglah, kawan mintak duitlah, kawan mengejeklah, dll]


Dan kaedah yang sama juga boleh diaplikasi tatkala kita berurusan dengan sesiapa saja, InsyaAllah.


Boleh rujuk ringkasan buku seperti yang kak G lampirkan di:


http://groups.yahoo.com/group/alFikrah/files/

[filename: PM-TheOneMinuteManager.xls]