Dalam buku Amalan-Amalan Di Bulan Ramadhan cetakan Jahabersa, tahun 2008, saya menyatakan di mukasurat 145:

 

Aktiviti seks selain A-1 yang dimaksudkan adalah:

  1. Seks antara lelaki dan wanita tanpa memasukkan zakar ke dalam faraj.
  2. Seks antara jantina yang sama, iaitu lelaki dengan lelaki (gay) atau perempuan dengan perempuan (lesbian). Tidak dibezakan sama ada jenis kemaluan adalah semula jadi atau melalui pembedahan.
  3. Seks bersendirian seperti onani (masturbation), menonton tayangan lucah, membaca majalah lucah atau menggunakan alat-alat mainan tertentu.
  4. Seks dengan selain manusia, seperti seks dengan mayat (manusia yang telah meninggal dunia), jin, haiwan dan makhluk asing.

Bagi aktiviti-aktiviti seks di atas, para ilmuan BERSEPAKAT bahawa ia membatalkan puasa. Akan tetapi mereka terbahagi kepada dua pendapat berkenaan hukuman kafarat:

 

Pembetulan:

Yang benar, ia bukanlah kesepakatan para ilmuan tetapi pandangan jumhur (kebanyakan) ilmuan. Khusus tentang onani, di antara yang berpendapat ia tidak membatalkan puasa ialah Ibn Hazm, al-Syaukani dan al-Albani.

 

Rujukan lanjut: Shahih Fiqh al-Sunnah oleh Abu Malik Kamal bin al-Sayyid Salim (edisi terjemahan oleh Abu Ihsan al-Atsari dengan judul yang sama; Pustaka at-Tazkia, Jakarta, 2007), jld. 3, ms. 141-142.

 

Terima kasih akhi Alfian Alwe kerana telah membetulkan saya.