Beberapa lagi buku menarik di Pust. Indonesia November ini:

[11] Memahami Keadilan Dalam Poligami (edisi terjemahan)

Pengarang: Arij Abdurrahman al-Sanan
Penerbit: Global Media, Jakarta 2003
Bentuk buku: Saiz sederhana, 260ms, RM29.80

Jumlah buku yang membicara isu Poligami secara ilmiah memang sedikit, apatah lagi yang dikarang oleh seorang wanita. Buku ini yang asalnya merupakan kertas tesis Arij Abdurrahman (Kuwait) adalah sekali gus adalah rujukan ilmiah, panduan praktikal dan yang terpenting – sumber yang adil – dalam isu poligami.

[12] Hak-hak Politik Wanita Dalam Islam (edisi terjemahan)

Pengarang: Syaikh Abdul Majid al-Zindani
Penerbit: al-I’tishom, Jakarta 2003
Bentuk buku: Saiz besar, 225ms, RM19.80

Satu rujukan yang baik, ilmiah dan juga adil dalam topik hak kewanitaan. Salah satu metode perbahasan yang baik oleh pengarang adalah dia mengkaji juga status dan keadaan wanita di negara-negara Barat yang selama ini terkenal dengan slogan “Kebebasan Wanita.”

[13] al-Qawa’id al-Mutsla (dalam) Memahami Nama dan Sifat Allah (edisi terjemahan)

Pengarang: Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin
Penerbit: Media Hidayah, Jogjakarta 2003
Bentuk buku: Saiz sederhana, 222ms, RM15.80

Sebagaimana tajuknya, buku ini membahas kaedah-kaedah yang sebenar dalam memahami dan berinteraksi dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah.

[14] Meluruskan Kesalahfahaman Seputar (Siri 2): Keistimewaan Rasulullah, Hakikat Nubuwah, Basyariyyah dan Tabaruk (edisi terjemahan).

[15] Meluruskan Kesalahfahaman Seputar (Siri 3): Alam Barzakh, Ziarah Kubur dan Peringatan Hari-hari Besar (edisi terjemahan).

Pengarang: Syaikh Muhammad bin Alwi al-Maliki
Penerbit: Rosdakarya, Bandung 2002
Bentuk buku: Saiz sederhana, 90ms, RM9.80 (Siri 2);
147ms, RM15.80 (Siri 3).

Topik-topik di atas adalah sesuatu yang sering diperdebatkan sehingga seolah-olah tidak ada
penghujungnya. Dalam bukunya ini Syaikh Muhammad Alwi berusaha membahas dengan adil topi-topik di atas. Jika dalam sesebuah topik ada perbezaan pendapat, beliau akan menerangkan punca perbezaan dan pendapat mana yang terkuat mengikut kajian beliau.

Jangan ketinggalan untuk membeli Siri Pertama juga.

Insya-Allah bersambung, wassalam.

Joomla SEF URLs by Artio