Tajuk: Solat Ringan Mudah Praktik mengikut AlQuran dan asSunnah

(mengatasi Masalah 80% Ponteng Solat Kini?)

Penulis: 'Abdullah al-Qari Hj Salleh (AQHAS)

Penerima Anugrah Tokoh MaulidurRasul 2005 (Kebangsaan), bermanhaj salafiyah dari Kubang Kerian, Kelantan, cucu sedara Tok Kenali.


Penerbit: alHidayah Publishers, KL
Edisi: Pertama, 2005
Tebal: 159 ms, Harga: RM 10.00

 



Syaikh AQHAS memperkenalkan talian hotline antara Tuhan dan manusia:


24434


Talian solat: 2 (subuh), 4 (zuhur), 4 (Asr), 3 (Maghrib) dan 4 (Isyaa')



Tujuan AQHAS menulis buku ini ialah kerana banyaknya buku2 Barat yg berjodol "Made Simple" atau Idiot series atau Made Easy series yang amat popular di Barat.


Maka beliau menulis "Solat The Easy Way, atau Solat Made Simple and Fast. Dalam kata lain Solat dengan cara yang ringan, pantas, mudah dan ringkas tanpa menjejaskan kesunnahannya. Kitab ini ditulis kerana menurut pemerhatian AQHAS, ramainya umat yg mengabaikan solat lantaran kesibukan harian mereka, jahil akan kemudahan dan rukhsah dlm fiqih solat. Buku ini ditujukan kepada muslim in the fast lane (muslim yg amat sibuk dgn rutin hariannya), maka dengan kemunculan buku ini amatlah melegakan mereka. Mereka masih mampu solat dan mendapatkan pahala sunnah mendirikan solat sebagaimana sifat solat kaum salaf.


Baik sekali utk dijadikan naskhah hadiah kepada mereka yang nampaknya amat sibuk dalam kerjaya mereka. Ia mengandungi 6 bab bagaimana melakukan solat dengan mudah, ringkas, padat dan masih menepati sunnah.



sekian

Joomla SEF URLs by Artio