Beberapa hari lagi akan masuk bulan Sya'ban. Ayuh kita ikut sunnah Nabi s.a.w. dengan memperbanyakkan puasa sunat.

A'isyah r.a. berkata,

 

لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ شَهْرًا أَكْثَرَ مِنْ شَعْبَانَ

فَإِنَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ

وَكَانَ يَقُولُ خُذُوا مِنْ الْعَمَلِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا.

Tidaklah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam lazim berpuasa lebih banyak dalam sebulan melainkan bulan Sya'ban.

Sesungguhnya baginda lazim berpuasa bulan Sya'ban seluruhnya.

Baginda pernah bersabda: "Beramallah dengan apa yang kalian mampu kerana Allah tidak akan bosan (drpd memberikan pahala) sehinggalah kalian yang terlebih dahulu bosan (drpd beramal)."

(Shahih al-Bukhari, no.: 1834/1970)