Soalan:

Saya ingin bertanya, bolehkah saya membawa kekasih bercuti bersama ahli keluarga saya. Sekurang-kurangnya ahli keluarga dapat mengenali kekasih saya dengan lebih dekat lagi. Soal penginapan, memang diasingkan antara lelaki dan wanita. Mohon penjelasan ustaz.

Atilia Ahmad, Kuala Kangsar, Perak.

 

Jawapan:

Tidak ada “kekasih” sebelum pernikahan. Kewujudan kekasih sebelum pernikahan hanya akan membuka jalan kepada pelbagai perbuatan mungkar seperti berdua-duaan dan menderhakai ibubapa kerana mengutamakan kekasih. Termasuk dalam larangan ini ialah membawa kekasih bercuti bersama keluarga. Meskipun kekasih di bilik yang berasingan, hati tetap akan bersatu. Kehadiran kasih sayang dan percutian bersama keluarga hanya halal selepas pernikahan.

Cara yang benar untuk ahli keluarga berkenalan dengan calon suami ialah calon itu sendiri datang ke rumah dan bersembang serta berbicara sebagai tetamu.