Baca & Download Koleksi e-Book Kami
Lebih 30 tajuk dihasilkan dan dikongsikan kepada anda.
Tazkirah hari ini, Hasan bin ‘Ali radhiallahu 'anhuma berkata,
عَلَّمَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَلِمَاتٍ أَقُولُهُنَّ فِي الْوِتْرِ قَالَ ابْنُ جَوَّاسٍ فِي قُنُوتِ الْوِتْرِ:
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajarku kalimat-kalimat yang dibaca ketika solat sunat Witir, (berkata Ibn Jawwas – perawi hadis) yakni pada doa qunut solat sunat Witir,
Angka 2018 bakal beralih ke 2019.
Ayuh kita menilai tahun masing-masing, baik yang akan berlalu mahupun yang akan datang dengan ayat-ayat al-Qur'an yang mulia ini,
Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang (1) beriman, (2) beramal soleh, (3) berpesan-pesan kepada kebenaran dan (4) berpesan-pesan kepada kesabaran.
---------
Ringkasnya, manusia ini dalam kerugian kecuali mereka yang,
[1] Beriman.
Beriman bukan sekadar menghafal Rukun Iman 6 perkara, tetapi mempraktikkannya dalam kehidupan harian.
Beriman kepada al-Qur'an misalnya, bererti membacanya, mengkajinya dan mempraktikkannya. Beriman kepada Rasulullah misalnya, bererti mempelajari sunnah baginda, mempraktikkannya dan membantah orang-orang yang cuba mengganti sunnah baginda dengan sunnah kebiasaan masyarakat.
[2] Beramal soleh.
Amal soleh bukan sekadar solat fardhu, puasa Ramadhan dan umrah, tetapi meliputi semua kebaikan yang selari dengan syari'at.
Justeru suami yang senyum kepada isteri, isteri yang senyum kepada suami, ia adalah amal soleh. Anak yang berbakti kepada ibu dan bapa, orang kuat yang berbakti kepada orang lemah, orang kaya yang berbakti kepada orang miskin, orang bijak yang berbakti kepada orang kurang bijak, semuanya amal soleh juga.
[3] Berpesan-pesan kepada kebenaran.
Di antara orang yang beruntung dunia dan akhirat adalah mereka yang melazimkan diri memberi nasihat ke arah kebaikan dan menegur daripada keburukan atau kesia-siaan. Nasihat dan teguran diberikan kepada semua, baik ahli keluarga, sahabat handai dan secara umum di media sosial.
Nasihat dan teguran terus diberikan meskipun bakal mendapat pelbagai "backlash". Ini kerana nasihat dan teguran dilakukan kerana Allah, bukan kerana mengharapkan ucapan "terima kasih" mahupun jumlah "like" di media sosial.
[4] Berpesan-pesan kepada kesabaran.
Adakalanya Allah menguji seseorang atau satu kaum dengan sesuatu musibah atau cabaran. Maka ciri orang yang beruntung ialah berpesan-pesan kepada kesabaran serta memberi motivasi dan jalan keluar.
Cara terbaik berpesan-pesan kepada kesabaran ialah membacakan (atau menghantar text) ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis Rasulullah tentang hikmah ujian daripada Allah. Contohnya ayat 155-157 surah al-Baqarah.
Demikian ukuran untung atau rugi seseorang itu apabila dilhat melalui aspek masa. Ayuh kita renung-renung kerugian tahun-tahun sebelum ini dan memikirkan keuntungan bagi tahun-tahun seterusnya.
Para ilmuan Islam sepakat bahawa sedekah harta boleh dihadiahkan pahalanya kepada orang yang sudah meninggal dunia.
Namun mereka berbeza pendapat apakah ibadah - seperti bacaan al-Qur'an - boleh dihadiahkan pahalanya kepada orang yang sudah meninggal dunia.
Ilmuan yang berkata boleh, syaratnya hendaklah ibadah itu dilakukan ikhlas kerana Allah dan memiliki contoh drpd sunnah Nabi, agar dengan itu ada pahala untuk dihadiahkan. Ibadah yang dilakukan tanpa contohnya drpd Nabi, maka ia tertolak. Tidak ada pahala yang diperolehi, lalu pahala apa yang hendak dihadiahkan?
Saya cenderung kepada pendapat yang berkata boleh hadiahkan pahala.
Maka selepas membaca al-Qur'an, saya berdoa, "Ya Allah, jika ada kebaikan dalam bacaan aku ini, ingin aku hadiahkan pahalanya kepada (sekian-sekian)."
Boleh dilakukan sendiri pada bila-bila masa, di mana-mana.
*Tak payah buat kenduri
*Tak payah panggil catering
*Tak payah pasang khemah
*Tak payah kira hari yang ke berapa?
*Tak payah bayar ustaz pimpin tahlil
*Tak payah kemas rumah bila majlis dah selesai
*Tak payah bimbang ancaman neraka
Tazkirah hari ini, ‘Abdullah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma berkata,
حَدِّثْ النَّاسَ كُلَّ جُمُعَةٍ مَرَّةً فَإِنْ أَبَيْتَ فَمَرَّتَيْنِ فَإِنْ أَكْثَرْتَ فَثَلَاثَ مِرَارٍ. وَلَا تُمِلَّ النَّاسَ هَذَا الْقُرْآنَ.
Berbicara dengan orang ramai (tentang pengajaran al-Qur’an) setiap minggu sekali. Jika enggan, maka berbicaralah setiap minggu dua kali. Jika masih hendak lebih banyak, maka setiap minggu tiga kali. Janganlah membosankan orang ramai dengan al-Qur’an ini.
وَلَا أُلْفِيَنَّكَ تَأْتِي الْقَوْمَ وَهُمْ فِي حَدِيثٍ مِنْ حَدِيثِهِمْ فَتَقُصُّ عَلَيْهِمْ فَتَقْطَعُ عَلَيْهِمْ حَدِيثَهُمْ فَتُمِلُّهُمْ.
Janganlah aku mendapati kamu mendatangi sekumpulan manusia yang sedang berbicara dengan perbicaraan mereka, lalu kamu mencelah dan memotong perbicaraan mereka (dengan pengajaran al-Qur’an) sehingga membosankan mereka.
وَلَكِنْ أَنْصِتْ فَإِذَا أَمَرُوكَ فَحَدِّثْهُمْ وَهُمْ يَشْتَهُونَهُ.
Sebaliknya berilah perhatian (supaya dapat diketahui bila mereka berminat) dan apabila mereka menyuruh kamu berbicara, berbicaralah (dengan menyampaikan pengajaran al-Qur’an) sedang mereka ketika itu dalam keadaan bersemangat (untuk mendengar dan belajar).
فَانْظُرْ السَّجْعَ مِنْ الدُّعَاءِ فَاجْتَنِبْهُ فَإِنِّي عَهِدْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَصْحَابَهُ لَا يَفْعَلُونَ إِلَّا ذَلِكَ يَعْنِي لَا يَفْعَلُونَ إِلَّا ذَلِكَ الِاجْتِنَابَ.
Berwaspadalah daripada bersajak ketika berdoa dan jauhilah ia kerana sesungguhnya aku mengetahui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabatnya tidak melakukan kecuali yang sedemikian, yakni tidak berdoa kecuali dengan menjauhi (doa secara) bersajak.
[Shahih al-Bukhari, no.: 5862/6337]
-----------
Page 7 of 48
![]() | |
Hubungi Penulis di: 019-3848467 (SMS sahaja) |