THI: 04.07.2017 - Gembira dan Taat
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Tazkirah Hari Ini
- Hits: 3491
Wahai sahabat, kaitkanlah kegembiraan dengan ketaatan terhadap Allah Ta'ala.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ. [18]
Maksudnya: Orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; semasa dia berbuka dia akan gembira dan semasa dia berjumpa dengan Tuhannya dia akan bergembira dengan puasanya.
Allah Ta‘ala mengkhabarkan melalui sabda RasulNya s.a.w. bahawa muslim yang berpuasa wajar berasa gembira semasa berbuka puasa di dunia ini dan dia akan bergembira juga semasa berjumpa dengan Tuhannya di akhirat kelak.
Ini menunjukkan bahawa kegembiraan sepatutnya dikaitkan dengan ketaatan dan nikmat. Kesedihan sepatutnya dikaitkan dengan maksiat dan musibah.
Janganlah kita berasa gembira dan seronok apabila membuat maksiat tetapi apabila membuat ibadah berasa payah, rimas, rendah diri dan sedih.
Kaitkanlah perasaan gembira dan sedih kita dengan agama Allah Ta'ala.
Semoga bermanfaat.
[18] HR al-Bukhari, Kitab al-Saum, Bab Hal Yaqulu Inni Sa’im Idza Shutim. No. 1904.
Terima kasih Ust. Dr. Fadlan Mohd Othman
THI: 04.07.2017 - Treasure hunt & Hadis Dha'if
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Tazkirah Hari Ini
- Hits: 3244
Pernah pergi treasure hunt? Katakanlah dalam treasure hunt itu anda perlu menyeberangi sebuah gaung untuk mendapatkan barang-barang (hadiah-hadiah) yang dicari.
Ada dua jambatan gantung bagi menyeberangi gaung itu.
Jambatan pertama sudah uzur dan reput. Tidak pasti sama ada tali gantung dan lantai papannya dapat menampung anda menyeberangi dengan selamat.
Jambatan kedua kukuh dan padu. Keutuhan tali gantung dan lantai papannya memberikan keyakinan bahawa ia dapat menampung anda menyeberangi dengan selamat.
Jambatan manakah yang akan anda pillih untuk menyeberangi gaung itu? Tentu jambatan kedua.
THI: 02.07.2017 - Doa untuk tuan rumah
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Tazkirah Hari Ini
- Hits: 4813
Ke sana sini open house Raya, jangan lupa doakan tuan rumah.
Antara doa kepada tuan rumah yang menjamu makanan kepada tetamu - dari Sahih Muslim, Kitab al-Asyribah.
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِيمَا رَزَقْتَهُمْ، واغْفِرْ لَهُمْ،
وارْحَمْهُمْ
Ya Allah berkatilah apa yang telah Engkau kurniakan kepada mereka, ampunilah mereka dan kasihanilah mereka (hadis no.5328).
اللَّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنِي وَأَسْقِ مَنْ أَسْقَانِي
Ya Allah berilah makan orang yang memberikanku makan, dan berilah minum orang yang memberikanku minum (hadis no.5362).
THI: 01.07.2017 - Membaca al-Fatihah untuk orang mati?
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Tazkirah Hari Ini
- Hits: 3503
Amalan orang Melayu adalah membacakan surah al-Fatihah apabila mendengar berita kematian. Itu pun jika mereka benar-benar membacanya.....kerana ada yang menaip "al-Fatihah" tetapi tidak membacanya secara penuh.
Timbul persoalan, adakah dalil pembacaan al-Fatihah ini?
Ada sebuah riwayat dalam persoalan ini,
وعن ابن عمر رضي الله عنهما قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول :
إذا مات أحدكم فلا تحبسوه وأسرعوا به إلى قبره وليقرأ عند رأسه بفاتحة الكتاب وعند رجليه بخاتمة سورة البقرة في قبره
Daripada 'Abdullah ibn 'Umar, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila mati salah seorang kalian, maka janganlah ditangguhkan sebaliknya segeralah ke kuburnya (untuk dikebumikan).
Dan bacakanlah di dalam kuburnya, di sisi kepalanya Fatihatul Kitab (Surah al-Fatihah) dan di sisi kakinya penutup surah al-Baqarah."
Page 54 of 67