Baca & Download Koleksi e-Book Kami
Lebih 30 tajuk dihasilkan dan dikongsikan kepada anda.
Doa murah rezeki,
اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِّنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِّأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً مِّنكَ وَارْزُقْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ.
Ya Allah, Tuhan kami!
Turunkanlah kepada kami satu hidangan dari langit, supaya ia dapat menjadi satu perayaan bagi kami,
iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian,
dan sebagai satu tanda (kebesaran)-Mu,
dan rezekikanlah kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki.
(Surah al-Maidah 5:114)
---------
Berzikir kepada Allah tidak terbatas kepada memegang biji tasbih atau menghitung dengan jari.
Seseorang yang terlintas di hatinya melakukan kemungkaran, lalu kemudian teringat kepada larangan Allah dan akhirnya membatalkan lintasan itu, maka dia juga berzikir kepada Allah.
Seseorang yang memiliki masa lapang lalu dia teringat kepada anjuran Allah untuk melakukan amal-amal soleh, maka dia juga berzikir kepada Allah.
Seseorang yang mempelajari sunnah Nabi s.a.w. dan mempraktikkannya dalam kehidupan harian, maka dia juga berzikir kepada Allah.
Bagi bentuk zikir yang terakhir ini, sila semak ayat 21 surah al-Ahzab, khasnya di penghujung ayat:
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا.
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik pada) hari akhirat, serta dia pula banyak berzikir kepada Allah.
Tazkirah hari ini, firman Allah s.w.t.,
فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maka tidaklah - demi Tuhanmu, tidaklah mereka beriman sehingga mereka menjadikan kamu (wahai Muhammad) hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa apa-apa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan, bahkan mereka menerima dengan (hati) yang tenang.
(al-Nisa' 4:65)
--------
Saya pernah membaca hujah LGBT bahawa perkahwinan sejantina dibolehkan dalam al-Qur'an berdasarkan ayat:
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Dan di antara tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan-Nya), bahawa Dia menciptakan untuk kamu, PASANGAN-PASANGAN dari JENIS kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berfikir. (al-Rum 30:21)
Menurut LGBT, perkataan "Zauj" selalu diterjemahkan sebagai "isteri". Padahal terjemahan yang betul ialah "pasangan".
Maka LGBT berhujah, ayat di atas membolehkan pengambilan pasangan dari JENIS jantina yang sama untuk berkahwin.
---------
Page 30 of 67
![]() | |
Hubungi Penulis di: 019-3848467 (SMS sahaja) |