HafizFirdaus.com~Agama dan Kehidupan
Toggle Navigation
  • Utama
  • Profile
  • E-Buku
    • E-Buku Hafiz Firdaus Abdullah
    • E-Buku Penulis Lain
    • Bacaan Atas Talian
      • Soal-Jawab Adab-Adab Berdoa
  • Kolum Bulanan
    • Majalah Pa & Ma
      • Soal Jawab Agama
    • Dara.com
      • Cahaya Rohani
      • Mutiara Do'a
      • Soal Jawab Agama
    • Majalah i
      • 40,000 kaki
      • Penulisan kreatif
    • Pengantin
      • Soal Jawab Munakahat
      • Munakahat
    • Majalah Rapi
      • Motivasi
      • Soal Jawab Motivasi
    • Dewan Tamadun Islam
      • Dewan Tamadun Islam
  • Arkib
    • Kolum
      • Fiqh
      • Individu & Masyarakat
      • Aqidah
      • Artikel Umum
    • Menjawab Fitnah
      • Menjawab Fitnah
    • Ulasan buku
      • Hafiz Firdaus
      • ThTL
      • Abu Iqbal
      • Abu Adam
    • Soal Jawab Agama
      • al-Quran
      • Adab & Akhlak
      • Aqidah
      • Dakwah
      • Fiqh
      • Hadis
      • Individu & Masyarakat
    • Multimedia
  • Audio dan Video
  • Menjawab Fitnah
  • Mengulas Kenyataan
    • Asiah Abdul Jalil
    • Ustaz/Ustazah Lain
  • Ralat
  • Peta Laman

Baca & Download Koleksi e-Book Kami

Lebih 30 tajuk dihasilkan dan dikongsikan kepada anda.

Lihat Sekarang

Ikuti Kami di Facebook

facebook.com/hafizfirdaus.abdullah

Ikuti Sekarang
previous arrow
next arrow
Slider

THI Mac 2018: Mohonlah kepada Allah

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Tazkirah Hari Ini
Published: 29 October 2018
Hits: 1349

Pukul 3-4 pagi tadi atau dalam solat Subuh tadi, siapa yang berdoa kepada Allah agar bekalan air di Lembah Klang segera kembali normal?

Jika mengadu di media sosial, sudah cukup ramai.

Biasakan berdoa kepada Allah dalam semua perkara, meskipun sesuatu yang dianggap kecil atau remeh.

Dalam sebuah riwayat hadis, disebut bahawa:

 

لِيَسْأَلْ أَحَدُكُمْ رَبَّهُ حَاجَتَهُ حَتَّى يَسْأَلَهُ الْمِلْحَ وَحَتَّى يَسْأَلَهُ شِسْعَ نَعْلِهِ إِذَا انْقَطَعَ.

Hendaklah seseorang kalian memohon hajatnya kepada Rabbnya, sehingga dia memohon (perkara-perkara kecil seperti) garam dan sehingga tali kasut/selipar yang putus.

(Sunan al-Tirmizi, no. 3537/3604. Hadis ini dha'if).

THI Mac 2018: Sentuhan Babi

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Tazkirah Hari Ini
Published: 25 October 2018
Hits: 1463

Kes babi hutan masuk masjid: sertu karpet, tukar karpet (RM34,000!) atau ada cara lain?

Hadis berikut drpd Tsa'labah al-Khusyani menjadi rujukan:

 

أَنَّهُ سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

إِنَّا نُجَاوِرُ أَهْلَ الْكِتَابِ وَهُمْ يَطْبُخُونَ فِي قُدُورِهِمْ الْخِنْزِيرَ وَيَشْرَبُونَ فِي آنِيَتِهِمْ الْخَمْرَ

فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنْ وَجَدْتُمْ غَيْرَهَا فَكُلُوا فِيهَا وَاشْرَبُوا وَإِنْ لَمْ تَجِدُوا غَيْرَهَا فَارْحَضُوهَا بِالْمَاءِ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا

Bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, dia berkata,

"Sesungguhnya kami bertetangga dengan orang ahli kitab sementara mereka masak babi di dalam kuali mereka dan minum arak dalam bekas mereka (maka bolehkah kami menggunakan perkakas mereka itu)?"

Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab:

"Jika kalian mendapat (perkakas) lain maka makan dan minumlah dengannya, sementara jika kalian tidak mendapat (perkakas) lain maka cucilah menggunakan air dan makan serta minumlah!"

(Shahih Sunan Abu Daud, no.: 3342/3839)

 

Berdasarkan hadis di atas, sesuatu yang bersentuhan dengan babi/khinzir cukup dibersihkan dengan air.

Tidak perlu sertu dengan 7 basuhan, salah satu daripadanya dengan tanah.

Maka karpet masjid yang dimasuki babi hutan itu boleh dibersihkan dengan cara pembersihan yang biasa dilakukan untuk karpet (air, shampu karpet, vakum penyedut air, dan alat pengering).

Tidak perlu sertu karpet, tidak perlu ganti karpet baru.

THI Mac 2018: Wahai Suami, Jangan Terburu-buru

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Tazkirah Hari Ini
Published: 22 October 2018
Hits: 1556

Wahai suami, janganlah terburu-buru atau sesuka hati menceraikan isteri.

Ini kerana Allah telah berfirman,

 

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

فَإِن كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰ

أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا

Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.

Kemudian jika kamu benci kepada mereka, (janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak.

(al-Nisa' 4:19)

Wahai suami, janganlah kamu terburu-buru mengejar yang kamu suka atau anggap baik sehingga menceraikan yang sedia ada.

Ini kerana Allah telah berfirman,

 

وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ

لَّكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.

Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya.

(al-Baqarah 2:216)

THI Feb 2018: Siapakah yang hina itu?

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Tazkirah Hari Ini
Published: 18 October 2018
Hits: 1402

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ!

“Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!”

Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab:

مَنْ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا ثُمَّ لَمْ يَدْخُلْ الْجَنَّةَ.

Sesiapa yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga.

[Shahih Muslim,no.: 4627/2551]

 

Ibubapa yang sudah tua sangat memerlukan anak-anak mereka. Ini kerana ketika umur tua, ibubapa lazimnya memerlukan anak-anak untuk merawat sesuatu penyakit yang mereka hadapi. Seperti membawa ke hospital berjumpa doktor, memberi makan ubat, menyuap nasi, menukar lampin dewasa, memandikan.... dan banyak lagi.

Anak-anak pula pada masa ini lazimnya sudah berkeluarga dan sibuk dengan anak-anak sendiri yang masih kecil.

Kadang wujud pula suami yang menggunakan kuasa veto melarang isteri daripada menjaga ibubapanya yang sudah tua.

Oleh itu sungguhlah mulia anak-anak yang dapat membahagikan masanya antara menjaga keluarga sendiri dan menjaga ibubapanya yang sudah tua.

Sungguhlah mulia para suami yang menganjurkan dan memudahkan isterinya meluangkan masa menjaga ibubapanya (ibubapa isteri).

Sungguhlah hina anak-anak yang membiarkan ibubapa mereka yang sudah tua. Sungguhlah hina suami yang melarang isteri daripada menjaga ibubapanya.

Apabila Nabi bersabda "Sesiapa yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga", ia seolah-olah memberi gambaran ibubapa yang tua itu sedang terbaring di hadapan pintu syurga.

Ibubapa akan membuka pintu syurga kepada anak yang merawatnya, menutup pintu syurga bagi anak yang mengabaikan mereka.

  1. THI Feb 2018: Berilah peringatan
  2. THI Feb 2018: Sukacita di akhirat
  3. THI Feb 2018: Damaikah kamu dengan Allah?
  4. THI Feb 2018: Perhatikan makananmu
  5. THI Feb 2018: Habiskanlah makananmu.

Page 36 of 67

  • 31
  • 32
  • 33
  • 34
  • ...
  • 36
  • 37
  • 38
  • 39
  • ...

Hafiz Firdaus di FB

fb2

penulis-banner.gif
 pdf-icon.jpg Kenali Penulis

Hubungi Penulis di:

019-3848467 (SMS sahaja)
hafizfirdaus@hotmail.com

Dapatkan buku karangan Penulis di:
Jahabersa

Hantarkan soalan anda ke:
al-fikrah.gif 
Dapatkan karya bermanfaat di:
karangkraf.jpg

Statistics

Users
1091
Articles
1409
Articles View Hits
9417668
~ start on 28 March 2019

Back to Top

© 2021 HafizFirdaus.com~Agama dan Kehidupan