Baca & Download Koleksi e-Book Kami
Lebih 30 tajuk dihasilkan dan dikongsikan kepada anda.
Apakah Tauhid al-Rububiyah?
Ia adalah keyakinan bahawa tidak ada yang mengurus alam ini kecuali Allah.
Daripada perkara yang amat kecil seperti daun yang gugur sehinggalah perkara yang amat besar seperti penciptaan langit dan bumi.
Dalil Tauhid al-Rububiyah:
Tentang Rububiyah Allah ini, kita biasa baca dalam surah al-Fatihah:
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji bagi Allah, RABB sekian alam.
Manfaat Tauhid al-Rububiyah:
Dalam kehidupan harian, kita akan sentiasa berharap kepada Allah, baik dalam perkara kecil mahupun besar. Sebabnya, Allah yang mengatur segala urusan kita.
Meskipun kita meminta pertolongan sesama manusia, namun keyakinan tetap pada Allah.
Jika Allah mahu, Allah akan jadikan sekian-sekian manusia menolong kita. Jika Allah tidak mahu, tiada manusia yang akan menolong.
Berdasarkan tauhid al-Rububiyah juga, kita tidak akan mengharapkan daripada sesama manusia apa yang merupakan hak Allah semata-mata.
Seperti berjumpa tukang tilik nasib, jumpa bomoh untuk cari barang hilang dan memakai tangkal perlindungan.
Poligami adalah satu pasukan (team) yang melibatkan suami dan isteri-isteri.
Sebagai contoh, meskipun suami wajib bersikap adil dalam poligami, isteri-isteri tetap memainkan peranan membantu suami bersikap adil.
Kejayaan poligami tidak terletak di bahu suami sahaja.
Ada sebahagian isteri yang membantah dengan berkata, "Dah suami tu sibuk nak nikah lagi... biar padan muka dia!" atau apa-apa lain yang seumpama.
Saya berkata, tidakkah anda membaca firman Allah s.w.t.,
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa,
Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
(Al Maidah 8:02)
Teruja saya membaca ayat al-Qur'an ini,
قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا (1)
يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ وَلَنْ نُشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا (2)
Katakanlah: Telah diwahyukan kepadaku bahwasanya sekumpulan jin telah mendengarkan (Al Qur'an), lalu mereka berkata:
"Sesungguhnya kami telah mendengar al-Qur'an yang menakjubkan, (yang) memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya. Dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan seorangpun dengan Tuhan kami." [al-Jin 72:1-2]
Saya teruja dengan sikap sekumpulan jin tersebut. Mereka mendengar bacaan al-Qur'an, memahaminya, merasa takjub dengannya lalu beriman kepadanya.
Bagaimana pula dengan kita?
Apakah kita hanya membaca al-Qur'an semasa kecil untuk khatam, kemudian membaca apabila ada orang meninggal dunia?
Apakah kita faham apa yang dibaca?
Ayuh kita berusaha untuk selalu membaca dan memahami al-Qur'an. Bagi yang tidak faham bahasa Arab, boleh membaca terjemahan al-Qur'an dalam apa-apa bahasa.
Ayuh kita menjadi takjub dengan al-Qur'an.
Ayat di atas dimulakan dengan "Katakanlah...", bererti ia adalah ayat yang patut diperkatakan dan disebar-sebarkan. Moga dengan itu ia dapat menjadi motivasi kepada orang ramai untuk membaca dan memahami al-Qur'an.
Apabila bersedekah, kadang-kala kita tidak tahu sama ada sedekah itu diberikan kepada orang yang patut menerimanya atau tidak.
Ini kerana ada peminta sedekah yang benar-benar dalam kesusahan dan ada yang berpura-pura dalam kesusahan. Sementara itu Islam mengajar kita untuk selalu berbaik sangka, maka tidak boleh menuduh peminta sedekah itu berdusta melainkan ada bukti kukuh.
Apakah sikap kita terhadap kes seperti ini? Marilah kita ambil iktibar daripada hadis berikut. Rasulullah s.a.w. bersabda,
قَالَ رَجُلٌ لأَتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ فَوَضَعَهَا فِي يَدِ سَارِقٍ فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ تُصُدِّقَ عَلَى سَارِقٍ فَقَالَ: اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ لأَتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ.
فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ فَوَضَعَهَا فِي يَدَيْ زَانِيَةٍ فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ تُصُدِّقَ اللَّيْلَةَ عَلَى زَانِيَةٍ فَقَالَ: اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ عَلَى زَانِيَةٍ لأَتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ.
فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ فَوَضَعَهَا فِي يَدَيْ غَنِيٍّ فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ تُصُدِّقَ عَلَى غَنِيٍّ فَقَالَ: اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ عَلَى سَارِقٍ وَعَلَى زَانِيَةٍ وَعَلَى غَنِيٍّ
فَأُتِيَ فَقِيلَ لَهُ أَمَّا صَدَقَتُكَ عَلَى سَارِقٍ فَلَعَلَّهُ أَنْ يَسْتَعِفَّ عَنْ سَرِقَتِهِ وَأَمَّا الزَّانِيَةُ فَلَعَلَّهَا أَنْ تَسْتَعِفَّ عَنْ زِنَاهَا وَأَمَّا الْغَنِيُّ فَلَعَلَّهُ يَعْتَبِرُ فَيُنْفِقُ مِمَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ
Seorang lelaki berkata: “Sungguh aku akan bersedekah!” Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu meletakkannya di tangan seorang pencuri (padahal dia tidak mengetahuinya). Pada pagi (esoknya) orang ramai bercakap-cakap: “Sedekah diberikan kepada pencuri!” Lelaki itu menjawab: “Ya Allah! Bagimu segala pujian. Sungguh aku akan bersedekah (lagi).”
Maka dia keluar lagi membawa sedekahnya lalu meletakkannya di tangan seorang penzina (padahal dia tidak mengetahuinya). Pada pagi (esoknya) orang ramai bercakap-cakap: “Sedekah diberikan malam tadi kepada penzina!” Lelaki itu menjawab: “Ya Allah! Bagimu segala pujian (aku telah bersedekah) kepada penzina. Sungguh aku akan bersedekah (lagi).”
Maka dia keluar lagi membawa sedekahnya lalu meletakkannya di tangan seorang kaya (padahal dia tidak mengetahuinya). Pada pagi (esoknya) orang ramai bercakap-cakap: “Sedekah diberikan kepada orang kaya!” Lelaki itu menjawab: “Ya Allah! Bagimu segala pujian (aku telah bersedekah) kepada pencuri, penzina dan orang kaya.”
(Pada malam hari) dia didatangi oleh seseorang (dalam mimpinya) lalu dikatakan kepadanya: “Adapun sedekah kamu kepada pencuri, mudah-mudahan dapat menahannya dari mencuri. Adapun kepada penzina, mudah-mudahan dapat menahannya dari berzina. Adapun kepada orang kaya, mudah-mudahan dia dapat mengambil iktibar darinya dan mensedekahkan apa yang Allah kurniakan kepadanya.”
[Shahih al-Bukhari, hadis no.: 1332/1421]
Page 39 of 67
![]() | |
Hubungi Penulis di: 019-3848467 (SMS sahaja) |