Baca & Download Koleksi e-Book Kami
Lebih 30 tajuk dihasilkan dan dikongsikan kepada anda.
(1) Ada beberapa hadis yang menganjurkan ibadah pada malam Aidil Fitri dan Aidil Adha.
Para ulama mengetahui hadis-hadis tersebut adalah dha'if.
Mereka berpendapat ia adalah kedha'ifan yang ringan dan boleh diamalkan.
Akan tetapi semakan lanjut menunjukkan ia sebenarnya dha'if secara berat, maka yang selamat adalah tidak mengamalkannya.
(2) Takbir Hari Raya.
Jika dirujuk pada sunnah Rasulullah s.a.w., baginda mula takbir pada pagi Hari Raya, ketika keluar dari rumah ke tempat lapang untuk solat.
Bukan pada malam Raya.
Perbuatan Rasulullah ini menjelaskan ayat 185 surah al-Baqarah tentang waktu takbir.
AbulJauzaa - Hadits-Hadits tentang Menghidupkan Malam Hari Raya
Isu negara Qatar yang dipulau sekarang ini, apakah petunjuk Nabi s.a.w.?
Hayatilah hadis atau pesanan baginda ini,
أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ:قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَتَكُونُ فِتَنٌ الْقَاعِدُ فِيهَا خَيْرٌ مِنْ الْقَائِمِ وَالْقَائِمُ فِيهَا خَيْرٌ مِنْ الْمَاشِي وَالْمَاشِي فِيهَا خَيْرٌ مِنْ السَّاعِي مَنْ تَشَرَّفَ لَهَا تَسْتَشْرِفُهُ وَمَنْ وَجَدَ فِيهَا مَلْجَأً فَلْيَعُذْ بِهِ
Abu Hurairah berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda,
Akan terjadi fitnah-fitnah, (maka) orang yang duduk saat itu lebih baik daripada orang yang berdiri, orang yang berdiri saat itu lebih baik daripada orang yang berjalan dan orang yang berjalan saat itu lebih baik daripada orang yang berlari-lari kecil.
Sesiapa yang melibatkan dirinya dalam fitnah-fitnah itu, ia akan kalah (terjatuh dalam fitnah) dan sesiapa menemukan tempat berlindung saat itu, hendaklah dia berlindung."
(Shahih Muslim, no.: 5136/2886)
Fitnah dalam hadis di atas ialah konflik atau persengketaan yang berlaku di antara dua atau lebih kelompok umat Islam.
Sukar menentukan siapakah pihak yang benar ketika berlakunya fitnah itu.
Maka Nabi s.a.w. berpesan agar kita mengambil sikap pasif dan mengasingkan diri daripada fitnah tersebut.
Sejak timbul fitnah Qatar vs beberapa negara Islam yang lain, ada yang melibatkan dirinya dengan memberikan pandangan serta kritikan.
Namun akhirnya yang banyak berlaku adalah bahasa yang buruk, prasangka dan tuduh menuduh tanpa fakta yang sahih. Mereka yang terlibat ini benar-benar telah "kalah" sebagaimana pesan Nabi dalam hadis di atas.
Perhatikan ayat berikut:
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Katakanlah: "Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Ali Imran 3:31)
Ayat ini memiliki dua pengajaran penting:
(1) Ia menerangkan kayu ukur sebenar kecintaan seseorang itu kepada Allah.
(2) Ia menerangkan keutamaan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
Secara mudah ia bermaksud,
Katakanlah wahai Muhammad kepada umatmu,
Jika kamu benar mencintai Allah maka buktikanlah cinta itu dengan mengikuti Rasulullah.
Jika kamu melakukan demikian, ia bukan saja membuktikan kebenaran cintamu kepada Allah tetapi menghasilkan kasih sayang Allah kepada kamu dan keampunan-Nya kepada kamu.
Demikianlah Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
--------
Sebahagian orang mendakwa dirinya mencintai Allah dan membuktikan kecintaan itu dengan mempelbagaikan ibadahnya kepada Allah.
Mereka tidak peduli apakah ibadah itu menepati sunnah Rasulullah atau tidak.
Apabila ditegur, mereka berkata, "Apa salahnya, bukankah ia baik?"
Orang-orang seperti ini sebenarnya tidak mencintai Allah tetapi mencintai dirinya sendiri.
Atas cinta diri sendiri inilah mereka beribadah mengikut apa yang mereka suka dan anggap baik.
----------
Mengikuti sunnah Rasulullah dalam ibadah bererti melakukan apa yang baginda ajar (sunnah qauliyah), lakukan (sunnah fi'iliyah) dan persetujui (sunnah taqririyah) serta meninggalkan apa yang baginda tinggalkan (sunnah tarkiyah).
Hanya dengan cara ini seseorang itu mengikuti sunnah Rasulullah sepenuhnya dan layak mendapat kasih sayang dan keampunan Allah.
Tidaklah dinamakan mengikut sunnah Rasulullah dalam ibadah jika seseorang itu mempelbagaikan ibadahnya sesuka hati.
Lalu apabila ditegur, mereka menjawab, "Rasulullah tidak buat bukan bererti kami tak boleh buat."
Mereka tidak tahu atau tidak faham bahawa meninggalkan apa yang Rasulullah tinggalkan dalam urusan ibadah kepada Allah termasuk dalam erti kata "mengikuti Rasulullah".
Sunnah tarkiyah ada beberapa jenis:
(1) Dalam urusan ibadah kepada Allah, jika Rasulullah meninggalkannya kerana ada faktor penghalang, maka boleh melakukannya apabila faktor penghalang sudah tiada.
Contoh, solat tarawih berjemaah secara berterusan sepanjang Ramadhan.
Baginda berjemaah pada beberapa malam sahaja kerana bimbang jika dilakukan sepanjang Ramadhan, akan turun wahyu mewajibkannya sepanjang Ramadhan.
Apabila baginda wafat, faktor penghalang ini sudah tiada (kerana wahyu tidak turun lagi), maka boleh melakukannya secara berjemaah sepanjang Ramadhan.
(2) Dalam urusan ibadah kepada Allah, jika Rasulullah meninggalkannya sementara tidak ada faktor penghalang, maka hendaklah kita turut meninggalkannya.
Kebanyakan sunnah tarkiyah dalam ibadah duduk dalam jenis kedua ini.
Contoh, doa berjemaah selepas solat berjemaah.
Rasulullah pernah doa berjemaah, seperti dalam qunut nazilah.
Tetapi tidak pernah melakukannya selepas solat berjemaah. Padahal tidak ada faktor penghalangnya. Ini bererti ia memang patut ditinggalkan.
(3) Dalam urusan dunia, maka boleh melakukan apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah.
Contoh, menggunakan h/phone untuk menaip dan menyebarkan tazkirah ini.
--------
Ayat ini dimulakan dengan arahan "Qul (katakanlah)...", bererti ia merupakan ayat yang perlu sering disebut-sebut dan disebar-sebarkan.
Dalam erti kata lain, hendaklah sering mengingatkan diri sendiri dan orang ramai untuk mengikuti sunnah Rasulullah.
Ia bukanlah satu tindakan remeh temeh, mengelirukan orang awam atau memecah-belahkan umat.
Justeru,
Ayuh kita perhati dan amalkan ayat ini (Ali Imran 3:31)
Ayuh kita buktikan kecintaan kepada Allah dengan mengikuti Rasulullah.
Ayuh kita meraih kasih sayang Allah dan keampunan-Nya dengan mengikuti Rasulullah.
Nama "Solat Tarawih" tidak ada pada zaman Nabi s.a.w.
Pada zaman itu, ia disebut sebagai "Qiyam Ramadhan", bererti menghidupkan malam Ramadhan dengan ibadah solat.
Nama "Solat Tarawih" hanya wujud beberapa kurun selepas itu. "Tarawih" bermaksud berehat, di mana orang yang solat berehat sebentar di antara solat-solat sunat pada malam Ramadhan.
Ketika berehat, boleh saja jika SESEORANG itu ingin tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat, doa atau baca Qur'an.
Boleh juga jika nak termenung, urut-urut kaki atau minum air.
Masing-masing melakukan apa yang dia ingini ketika waktu rehat itu.
Cuma yang perlu disemak adalah apabila masa rehat itu ditetapkan kepada bacaan (laungan?) zikir, selawat dan doa dengan lirik khusus oleh imam (atau orang tertentu) lalu disambut oleh makmum.
Penetapan ini seolah-olah merupakan pakej Solat Tarawih di Malaysia.
Sehingga dianggap sunnah oleh sebahagian orang. Bahkan ada yang merasakan Solat Tarawih tidak meriah tanpanya.
Demikianlah hakikat bid'ah. Ia bermula secara kecil-kecilan, kemudian membesar, merebak dan meresap. Sehingga apa yang sunnah dianggap bid'ah dan apa yang bid'ah dianggap sunnah.
Marilah kita menghidupkan malam Ramadhan dengan sunnah Rasulullah, yakni tanpa laungan zikir, selawat dan doa yang khusus secara beramai-ramai.
Page 55 of 67
![]() | |
Hubungi Penulis di: 019-3848467 (SMS sahaja) |