Baca & Download Koleksi e-Book Kami
Lebih 30 tajuk dihasilkan dan dikongsikan kepada anda.
Tazkirah hari ini, Rasulullah s.a.w. bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Sesiapa berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengikutinya dengan enam hari dari bulan Syawal, dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun. [Shahih Muslim, no: 1984/1164]
-------------
Saya yakin semua orang tahu tentang puasa sunat 6 hari di bulan Syawal dan berusaha untuk melaksanakannya.
Akan tetapi mungkin ada yang tidak tahu, puasa sunat 6 hari itu hanya dilaksanakan selepas sempurna puasa di bulan Ramadhan.
Perhatikan sabda Rasulullah di atas "...kemudian mengikutinya dengan...", bererti puasa Ramadhan dulu, kemudian baru puasa sunat 6 hari di bulan Syawal.
Jika ada yang tertinggal dari puasa Ramadhan, maka hendaklah qadha terlebih dahulu.
Saya sendiri ada puasa Ramadhan untuk diganti kerana tugas-tugas penerbangan, maka saya menggantinya terlebih dahulu sebelum berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal.
Namun di bulan Syawal juga saya sibuk dengan tugas penerbangan, maka saya tetap menghabiskan puasa ganti terlebih dahulu sehingga adakalanya tidak sempat berpuasa 6 atau hanya sempat berpuasa 1-2 hari daripada 6 hari tersebut.
--------------
Puasa adalah ibadah kita kepada Allah, maka hendaklah kita beribadah dengan cara yang Allah syari'atkan.
Puasa sempena bulan Ramadhan dan puasa sempena bulan Syawal adalah dua ibadah berbeza, maka janganlah disatukan dengan konsep "2 in 1".
-------------
Apabila kita sudah berupaya melaksanakan ibadah berdasarkan garis panduan al-Qur'an dan al-Sunnah sepenuhnya, barulah kita boleh berkata: "Moga-mooga Allah menerima ibadah saya ini".
27 July, 2016
Tazkirah hari ini, sabda Rasulullah s.a.w.:
لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ قُبُورًا وَلاَ تَجْعَلُوا قَبْرِي عِيدًا وَصَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّ صَلاَتَكُمْ تَبْلُغُنِي حَيْثُ كُنْتُمْ.
Jangan jadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan dan jangan jadikan kuburku sebagai tempat perayaan (Eid). Berselawatlah ke atasku kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku di mana jua kalian berada.
[Shahih Sunan Abu Daud, no: 1746/2042. Para ahli hadis berbeza dalam menilai darjat hadis ini. Ada yang menilainya hasan (Ibn Taimiyyah, Ibn Hajar al-Asqalani, al-Albani) dan ada yang menilainya sahih (al-Nawawi).]
Sebelum ini saya ada terangkan kesalahan menggantung ayat-ayat al-Quran.
Ada yang bertanya: Kenapa dikatakan salah padahal kebanyakan masjid di M'sia ada menggantung ayat-ayat al-Quran di dindingnya? Seandainya salah, pasti pihak masjid tidak melakukannya.
Penjelasan bagi soalan ini boleh dirujuk kepada pautan IslamQnA di bawah.
----------
Ada yang bertanya lagi: Bukankah kiswah dan pintu Ka'bah juga ada tulisan ayat-ayat al-Quran?
Dijawab:
Perkara ini terserah kepada ulama' dan/atau pemerintah di sana.
Ini kerana mereka mungkin memiliki pertimbangan lain, yakni mengelak berlakunya fitnah yang lebih besar.
Sebabnya, jika kiswah & pintu Ka'bah tiba tiba jadi plain (kosong), masyarakat awam akan hairan bercampur marah.
Ini sebagaimana Nabi s.a.w. dahulu pernah merancang untuk meruntuhkan Ka'bah dan membuat binaan baru seperti binaan asal Nabi Ibrahim. Akan tetapi baginda tidak melaksanakannya kerana bimbang berlaku fitnah kepada masyarakat Mekah yang baru memeluk Islam saat itu (Shahih al-Bukhari no: 1482/1585)
https://islamqa.info/id/127987
24 Jun, 2016
Bulan Ramadhan bulan al-Quran. Alhamdulillah ramai yang membaca dan mentadabbur al-Quran. Ini adalah sikap yang betul terhadap al-Quran.
Namun ada segelintir yang menyalahguna al-Quran. Dua antaranya ialah:
(1) Menggantung ayat al-Quran dalam bingkai (frame) yang indah di rumah, seperti di pintu masuk (Bismillah) di ruang tamu (Ayat al-Kursi) atau di tempat perniagaan (Ayat 1000 Dinar).
Sama ada tujuannya untul ambil berkat, mendapatkan perlindungan, memberi peringatan atau semata-mata hiasan, semua ini adalah penyalahgunaan al-Quran.
Keberkatan, perlindungan dan peringatan drpd al-Quran ialah dengan membacanya, memerhatikan maksudkan dan mempraktikkannya dalam kehidupan harian.
(2) Menggantung ayat al-Quran dengan seni khat, ini adalah kesalahan yang lebih besar.
Sebabnya, seni khat itu menyebabkan ayat-ayat tersebut tidak dapat dibaca. Bahkan jika cuba dibaca, mungkin saja membawa ke maksud yang lain kerana sudah hilang susun atur yang asal.
Ada pula seni khat itu yang memaksa ayat al-Quran kepada bentuk objek tertentu, seperti perahu, titisan air, bulan dan bintang.
Kesenian al-Quran ialah membacanya dengan baik, sehingga orang teruja mendengarnya.
Moga kita semua terhindar dari penyalahgunaan al-Quran ini.
22 Jun, 2016
Page 58 of 67
![]() | |
Hubungi Penulis di: 019-3848467 (SMS sahaja) |