Baca & Download Koleksi e-Book Kami
Lebih 30 tajuk dihasilkan dan dikongsikan kepada anda.
Shar bin Husyab berkata bahawa dia bertanya kepada Umm Salamah radhiallahu 'anha (isteri Rasulullah),
“Wahai ibu orang-orang beriman, apakah doa yang paling banyak dibaca oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila baginda di sisi kamu?”
Maka Umm Salamah menjawab, “Baginda paling banyak membaca doa
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ.
Wahai (Allah yang) membalik-balikkan hanti, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”
قَالَتْ فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَكْثَرَ دُعَاءَكَ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ؟
قَالَ: يَا أُمَّ سَلَمَةَ إِنَّهُ لَيْسَ آدَمِيٌّ إِلَّا وَقَلْبُهُ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ فَمَنْ شَاءَ أَقَامَ وَمَنْ شَاءَ أَزَاغَ.
Umm Salamah berkata, aku bertanya, “Wahai Rasulullah, kenapa kamu banyak berdoa Wahai (Allah yang) membalik-balikkan hanti, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu?”
Rasulullah menjawab, “Wahai Umm Salamah, sesungguhnya tidaklah seorang pun daripada anak cucu Adam melainkan hatinya di antara dua jari daripada jari-jemari Allah. Maka sesiapa yang Allah kehendaki, Dia tegakkan (atas kebenaran) dan sesiapa yang Allah kehendaki, Dia palingkan (daripada kebenaran).
[Shahih Sunan al-Tirmizi, no.: 3444/3522]
Apakah ciri-ciri fizikal Rasulullah s.a.w.?
Jemput baca riwayat berikut, yang merupakan terjemahan Bahasa Inggeris kitab Syama'il al-Tirmizi.
Antara yang menarik perhatian saya adalah:
(1) Dada dan perut baginda adalah selari. Maksudnya perut tidak boroi ke hadapan 🤣.
(2) Baginda berjalan laju, seperti orang yang aktif lagi bertenaga.
(3) Apabila melihat atau bercakap dengan seseorang, baginda berpusing menghadap dia sepenuhnya.
(4) Apabila berjalan dengan para sahabat, baginda berjalan di belakang mereka, bukan di hadapan mereka.
Tazkirah hari ini, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,
أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ.
Aku berdasarkan sangkaan hamba-Ku kepada-Ku dan Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku. Maka jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku di hadapan sekumpulan orang, Aku mengingatinya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka (yakni para malaikat).
وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً.
Jika dia mendekati Aku dengan sejengkal, Aku mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati Aku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Jika dia mendatangi Aku dengan berjalan, Aku mendatanginya dengan berlari-lari kecil. [Shahih al-Bukhari, hadis no.: 6856/7405]
-------
Sebahagian orang, dia menunggu hidayah atau isyarat daripada Allah sebelum dia mahu mendekati Allah, mentaati perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya dan meraih cinta-Nya dengan amalan-amalan sunat.
Apa yang benar adalah sebaliknya, untuk dekat kepada Allah kita yang perlu mengorak langkah untuk mendekati-Nya.
Bagi mendapatkan kekuatan mentaati perintah dan larangan-Nya, kita yang perlu terlebih dahulu bergerak, barulah setelah itu Allah memudahkan kita mentaati-Nya.
Bagi memperoleh kerajinan melaksanakan amal-amal soleh, kita yang terlebih dahulu berusaha ke arahnya, barulah Allah memberikan kerajinan dan "tolakan" ke arah perlaksanaan amal-amal soleh tersebut.
Maka, tunggu apa lagi?
Tazkirah hari ini, Anas bin Malik berkata,
أَنَّ رَجُلًا قَالَ: يَا مُحَمَّدُ يَا سَيِّدَنَا وَابْنَ سَيِّدِنَا، وَخَيْرَنَا وَابْنَ خَيْرِنَا،
فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "يَا أَيُّهَا النَّاسُ عَلَيْكُمْ بِتَقْوَاكُمْ، لَا يَسْتَهْوِيَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ،
أَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ، وَاللهِ مَا أُحِبُّ أَنْ تَرْفَعُونِي فَوْقَ مَنْزِلَتِي الَّتِي أَنْزَلَنِي اللهُ."
Bahawa seorang lelaki berkata (dengan memuji-muji): “Wahai Muhammad! Wahai Sayyidina dan wahai putera sayyidana! Orang yang terbaik di antara kami dan putera orang yang terbaik di antara kami!”
Maka Rasulullah s.a.w. menjawab:
“Wahai manusia! Aku mengingatkankan kalian untuk bertaqwa, janganlah sehingga DIPENGARUHI OLEH SYAITAN.
Saya Muhammad bin Abdillah, hamba Allah dan Rasul-Nya.
DEMI ALLAH! AKU TIDAK MENYUKAI kalian mengangkatku lebih tinggi daripada kedudukan yang telah Allah berikan kepadaku.”
[Musnad Ahmad, no: 12551 dan sanadnya dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakannya]
---------
Page 8 of 48
![]() | |
Hubungi Penulis di: 019-3848467 (SMS sahaja) |