Baca & Download Koleksi e-Book Kami
Lebih 30 tajuk dihasilkan dan dikongsikan kepada anda.
Beberapa bulan yang lepas saya ada berkongsi kemudahan berwudhu’ apabila dalam kapal terbang. Pada peluang ini saya ingin berkongsi pula cara-cara melaksanakan solat dalam kapal terbang. Secara lebih luas, ia boleh diamalkan bila-bila seseorang itu dalam kesukaran untuk solat seperti ketika dalam bas, tren, kapal laut atau sedang sakit. Ada dua hadis yang menjadi asas kepada cara-cara melaksanakan solat dalam kapal terbang.
Hadis Pertama:
Malik bin al-Huwairits menceritakan: Kami datang menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, saat itu kami adalah para pemuda yang sebaya usianya. Maka kami tinggal bersama baginda selama dua puluh hari dua puluh malam. Baginda adalah seorang yang sangat penuh kasih sayang dan lemah-lembut. Ketika baginda menganggap bahwa kami telah inginkan atau rindukan keluarga kami, baginda bertanya kepada kami tentang orang (ahli keluarga) yang kami tinggalkan.
Maka kamipun mengkhabarkannya kepada baginda. Kemudian baginda bersabda: “Kembalilah kepada keluarga kalian dan tinggallah bersama mereka, ajarilah mereka dan perintahkanlah mereka (untuk solat).” Baginda seterusnya menyebut sesuatu yang aku pernah ingat lalu lupa. (Kemudian) baginda bersabda: “Solatlah kalian sepertimana kalian melihat aku solat. Maka jika waktu solat sudah tiba, hendaklah salah seorang dari kalian mengumandangkan adzan dan hendaklah yang menjadi imam orang yang paling tua di antara kalian.” [Shahih al-Bukhari, no: 595/631]
Sejak di zaman sekolah, kita telah mempelajari nama-nama malaikat dan peranan mereka. Apa kata kita mengulang kaji subjek ini kerana jika dirujuk kepada sumber-sumber yang sahih, ada beberapa perbezaan berbanding apa yang telah dipelajari sebelum ini.
Sebagai contoh, ramai yang mengenali Izrail sebagai nama malaikat yang peranannya mencabut nyawa manusia. Akan tetapi penamaan ini tidak memiliki bukti dari al-Qur’an mahupun hadis yang sahih. Apa yang sahih, ia hanya dikenali sebagai Malaikat Maut, sebagaimana hadis berikut daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Malaikat Maut diutus kepada Musa ‘alaihi salam… [Shahih al-Bukhari, no: 1253/1339].
Apabila berbicara tentang jin, satu persoalan yang lazim berlegar adalah: Apakah hukum meminta pertolongan jin? Soalan ini memerlukan penjelasan yang mendalam dan ia dimulakan dengan penjelasan tentang dua bentuk pertolongan:
Bentuk Pertama adalah pertolongan yang merupakan hak Allah Subhanahu wa Ta'ala semata-mata. Di antaranya, meminta diampunkan dosa, meminta dilapangkan rezeki, meminta kebaikan dalam perkara yang akan datang, meminta petunjuk dalam hal ghaib seperti mencari barang yang hilang dan meminta keselamatan daripada gangguan makhluk ghaib. Pertolongan seperti ini hanya boleh diminta daripada Allah dan diharapkan keberhasilannya daripada Allah.
Sesiapa yang mintanya daripada sesama makhluk, baik daripada manusia atau jin, baik daripada ustaz atau jin muslim, maka dia telah melakukan kesalahan yang besar. Bahkan boleh juga membawa kepada hukum mensyirikkan Allah.
Dara.com (Okt 2015)
Makhluk jin juga memiliki jantina lelaki dan perempuan serta mereka juga memiliki zuriat. Dalilnya ialah ayat al-Qur’an berikut ini: Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan. [al-Jin 72:06]
Dalam ayat di atas, Allah menyebut jin dari jantina lelaki. Ini memberi pengertian bahawa di sana terdapat juga jin dari jantina perempuan. Seandainya jin hanya satu jantina seluruhnya maka tidak perlu disebut jin lelaki. Memadai disebut jin sahaja secara umum.
Dalil lain ialah doa sebelum memasuki tandas. Anas bin Malik menceritakan bahawa apabila Rasulullah hendak memasuki tandas, baginda membaca doa: Allahumma inni a’uzubika minal khubutsi wal khabaits yang bermaksud Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada jin/syaitan lelaki dan jin/syaitan perempuan. [Shahih al-Bukhari, no: 139/142]
Page 66 of 67
![]() | |
Hubungi Penulis di: 019-3848467 (SMS sahaja) |