Baca & Download Koleksi e-Book Kami
Lebih 30 tajuk dihasilkan dan dikongsikan kepada anda.
Soalan: Apakah Posisi Kedua Tangan Apabila Berdoa?
Jawapan:
‘Abdullah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anh berkata,
الْمَسْأَلَةُ أَنْ تَرْفَعَ يَدَيْكَ حَذْوَ مَنْكِبَيْكَ أَوْ نَحْوَهُمَا وَالِاسْتِغْفَارُ أَنْ تُشِيرَ بِأُصْبُعٍ وَاحِدَةٍ وَالِابْتِهَالُ أَنْ تَمُدَّ يَدَيْكَ جَمِيعًا.
Berdoa adalah mengangkat kedua tangan kamu sehingga selari dengan bahu kamu atau mendekati keduanya, mengucapkan istighfar adalah dengan memberi isyarat dengan satu jari telunjuk sementara bersungguh-sungguh dalam berdoa adalah mengangkat tinggi kedua tangan, seluruhnya.[1]
Berdasarkan hadis di atas, apabila berdoa secara kebiasaan, maka kedua tangan diangkat sehingga ketinggiannya selari dengan bahu atau mendekati posisi selari dengan bahu. Kedua tapak tangan menghadap ke muka, langit atau di pertengahan antara muka dan langit.
Apabila bersungguh-sungguh dalam berdoa, ertinya dalam suasana terdesak atau tertekan, maka kedua tangan di angkat tinggi sehingga kedua tangan menjadi hampir lurus. Dalam posisi ini, kedua tapak tangan akan menghadap ke bawah sementara kedua belakang tangan akan menghadap ke langit.
Adapun posisi kedua tapak tangan, maka ia boleh dijarakkan atau dirapatkan. Setahu penulis tidak ada hadis sahih yang menetapkan satu posisi tertentu.
Apabila sedang berzikir dengan ucapan istighfar, maka hanya diangkat dan diluruskan satu jari telunjuk sahaja.
Demikianlah yang dijelaskan oleh sahabat Rasulullah yang bernama ‘Abdullah ibn ‘Abbas. Meskipun ia merupakan keterangan seorang sahabat, ia tetap menjadi hujah kerana tidaklah para sahabat Rasulullah berbicara tentang ibadah melainkan apa yang mereka pelajari dan contohi daripada baginda.
Notakaki:
[1] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 1274/1489 (Kitab al-Solat, Bab doa). Dalam sebahagian jalan periwayatan lain, hadis ini disebut oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Justeru hadis ini menjadi perbincangan di sisi ahli ilmu, apakah ia perkataan mauquf pada ‘Abdullah ibn ‘Abbas atau marfu’ kepada Rasulullah.
Tazkirah hari ini,
Hikmah Allah di sebalik isu Dr. Zakir Naik sekarang ini, kita dapat melihat sejauh mana kadar Islam dan Iman seseorang.
Minta maaf huruf besar, ia sebagai penekanan.
Firman Allah s.w.t.,
إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ
Sesungguhnya WALI kamu tidak lain hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah).
وَمَن يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ
Dan sesiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi WALInya, maka sesungguhnya PARTI Allah itulah yang pasti menang.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِّنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
Wahai orang-orang yang beriman, JANGANLAH kamu mengambil jadi WALI kamu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang KAFIR.
Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu BETUL. orang-orang yang beriman.
------
Maksud WALI ialah mengunggulkan, mengutamakan, membela, menolong, menjaga, mempercayai dan kesetiaan (loyalty).
Maka sesama Muslim adalah WALI kepada Muslim yang lain.
Isu DZN bukanlah mendengar dakwah secara "live" di M'sia atau melalui YouTube dari negara lain, akan tetapi sikap kita yang sepatutnya menjadi wali kepada beliau.
Soalan: Bolehkah Mengangkat Kedua Tangan Untuk Berdoa?
Jawapan:
Dibolehkan dan dianjurkan mengangkat kedua tangan untuk berdoa. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
إِنَّ اللَّهَ حَيِيٌّ كَرِيمٌ يَسْتَحْيِي إِذَا رَفَعَ الرَّجُلُ إِلَيْهِ يَدَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا خَائِبَتَيْنِ.
Sesungguhnya Allah Maha Pemalu dan Maha Mulia. Allah malu apabila seseorang itu menadah kedua tangannya berdoa kepada-Nya lalu menurunkan kedua tangannya dalam keadaan kosong lagi tidak diperkenankan.[1]
Soalan: Bolehkah Berdoa Jika Dalam Keadaan Hadas Besar?
Jawapan:
Dibolehkan berdoa jika dalam keadaan hadas besar, seperti ketika sedang junub atau haid. Ini berdasarkan keterangan A’isyah radhiallahu 'anha bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berzikir dalam setiap masa dan berdoa termasuk dalam kategori zikir. Ini kerana dalam doa terdapat ingatan kepada Allah, puji-pujian kepada-Nya sebagai pembuka doa dan penyebutan nama-Nya untuk meminta dan merayu.
A’isyah radhiallahu 'anha berkata,
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَذْكُرُ اللَّهَ عَلَى كُلِّ أَحْيَانِهِ.
Kebiasaan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah baginda berzikir kepada Allah pada setiap masa.[1]
[1] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 558/373 (Kitab al-Haidh, Bab zikir kepada Allah Ta’ala dalam keadaan junub dan selainnya).
Page 12 of 67
![]() | |
Hubungi Penulis di: 019-3848467 (SMS sahaja) |