Baca & Download Koleksi e-Book Kami
Lebih 30 tajuk dihasilkan dan dikongsikan kepada anda.
Tahukah anda ibadah-ibadah sunat dapat menutupi kekurangan ibadah wajib?
Solat-solat sunat menutupi kekurangan solat fardhu.
Puasa-puasa sunat menutupi kekurangan puasa Ramadhan.
Sedekah menutupi kekurangan zakat tahunan.
Umrah menutupi kekurangan haji.
Oleh itu ayuh kita memperbanyakkan ibadah sunat. Pastikan ia ibadah yang selari dengan tunjuk ajar Nabi s.a.w., bukan kebiasaan masyarakat kita.
Sabda Nabi s.a.w.,
إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ النَّاسُ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ أَعْمَالِهِمْ الصَّلَاةُ
قَالَ يَقُولُ رَبُّنَا جَلَّ وَعَزَّ لِمَلَائِكَتِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ
انْظُرُوا فِي صَلَاةِ عَبْدِي أَتَمَّهَا أَمْ نَقَصَهَا فَإِنْ كَانَتْ تَامَّةً كُتِبَتْ لَهُ تَامَّةً
وَإِنْ كَانَ انْتَقَصَ مِنْهَا شَيْئًا قَالَ انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ فَإِنْ كَانَ لَهُ تَطَوُّعٌ قَالَ أَتِمُّوا لِعَبْدِي فَرِيضَتَهُ مِنْ تَطَوُّعِهِ
ثُمَّ تُؤْخَذُ الْأَعْمَالُ عَلَى ذَاكُمْ
Sesungguhnya yang pertama dihisab ke atas manusia pada Hari Kiamat daripada amalan-amalan mereka adalah solat.
Allah ‘azza wa jalla berkata kepada para malaikat-Nya – padahal Dia yang lebih tahu –
“Lihatlah pada solat hamba-Ku, apakah ia sempurna atau tidak? Jika solatnya sempurna, maka tulislah baginya pahala yang sempurna.
Namun jika dalam solatnya ada sesuatu kekurangan, maka lihatlah apakah hamba-Ku memiliki ibadah sunat. Jika ada ibadah sunat, sempurnakanlah kekurangan yang ada pada ibadah wajibnya dengan ibadah sunatnya.”
Kemudian ibadah lainnya diperlakukan seperti ini.
[Shahih Sunan Abu Daud, no.: 733/864]
Tazkirah hari ini adalah salah satu hadis kegemaran saya, di mana Rasulullah s.a.w. bersabda, Allah s.w.t. berfirman,
مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ
وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ
وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ
فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا
وَإِنْ سَأَلَنِي لَأُعْطِيَنَّهُ وَلَئِنْ اسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ
وَمَا تَرَدَّدْتُ عَنْ شَيْءٍ أَنَا فَاعِلُهُ تَرَدُّدِي عَنْ نَفْسِ الْمُؤْمِنِ يَكْرَهُ الْمَوْتَ وَأَنَا أَكْرَهُ مَسَاءَتَهُ
Siapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku umumkan perang terhadapnya.
Dan tidaklah hamba-Ku bertaqarrub kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai melainkan apa yang telah aku fardhukan ke atasnya.
Dan tidaklah hamba-Ku berterusan bertaqarrub kepada-Ku melalui amalan-amalan nawafil sehinggalah aku mencintainya.
Jika Aku sudah mencintainya, maka Akulah pendengarannya yang dia jadikan untuk mendengar, pandangannya yang dia jadikan untuk memandang, tangannya yang dia jadikan untuk memukul, dan kakinya yang dia jadikan untuk berjalan.
Jika dia meminta daripada-Ku nescaya Aku berikan dan jika dia meminta perlindungan kepada-Ku nescaya Aku lindungkan.
Dan tidaklah Aku prihatin terhadap sesuatu yang Aku sendiri adalah pembuatnya, melainkan keprihatinan-Ku terhadap jiwa seorang mukmin yang membenci kematian sementara Aku juga membenci berbuat buruk terhadapnya. [Shahih al-Bukhari, no.: 6021/6502]
----------
Beberapa pengajaran hadis:
Pertama:
Dalam seluruh al-Qur'an dan hadis, Allah umumkan perang hanya kepada dua golongan: [1] Orang yang mengambil riba (al-Baqarah 2:279) dan [2] Orang yang memusuhi wali Allah.
Wali Allah bukanlah mereka yang boleh berjalan atas air atau terbang di udara, tetapi mereka yang menolong agama Allah dengan cara menyebarkan yang hak dan menghapuskan yang batil.
Kedua:
Tiada yang lebih Allah cintai melainkan ibadah fardhu seperti solat 5 kali sehari, puasa Ramadhan, zakat harta dan haji yang pertama. Maka bersungguh-sungguhlah dalam melaksanakannya.
Ketiga:
Apabila kita melazimkan diri melakukan amalan sunat seperti solat sunat, puasa sunat, sedekah, umrah, membaca al-Qur'an dan banyak lagi, maka Allah akan mencintai kita dan memberi kita keutamaan seperti yang dinyatakan dalam hadis di atas.
Hanya pastikan ia amalan yang bertepatan dengan sunnah Rasulullah, bukan sunnah masyarakat kita.
Keempat:
Keprihatinan Allah atas semua yang Dia lakukan ke atas hamba-Nya, sama ada yang baik atau buruk, yang disukai atau dibenci.
Apabila membaca surah al-Mulk, tidak akan timbul keyakinan bahawa Allah itu berada di mana-mana.
Ini kerana Allah telah berfirman,
أَأَمِنتُم مَّن فِي السَّمَاءِ أَن يَخْسِفَ بِكُمُ الْأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ
Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada (Allah) yang di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?
أَمْ أَمِنتُم مَّن فِي السَّمَاءِ أَن يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِبًا فَسَتَعْلَمُونَ كَيْفَ نَذِيرِ
Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada (Allah) yang di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?
(al-Mulk 67:16-17)
Allah di langit sebagaimana yang Allah nyatakan sendiri dalam dua ayat di atas dan banyak lagi, mengikut cara yang layak bagi-Nya.
Kita tak perlu berfikir atau bertanya bagaimana.
Tazkirah pagi ini, firman Allah s.w.t.,
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ وَمِنَ الْأَرْضِ
مِثْلَهُنَّ يَتَنَزَّلُ الْأَمْرُ بَيْنَهُنَّ لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا
Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu;
Perintah Allah berlaku terus menerus di antara langit dan bumi.
(Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu,
Dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu.
(al-Thalaq 65:12)
--------
Dalam kesibukan urusan harian, kita kadang lupa bahawa "Perintah Allah berlaku terus menerus di antara langit dan bumi".
Maka dalam ayat di atas Allah memaklumkan dan mengingatkan "supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
Oleh itu dalam apa jua urusan, baik besar mahupun kecil, baik penting mahupun remeh, sentiasalah berdoa dan berharap kepada Allah agar kita perolehi apa yang diingini.
Jika berjaya kita sandarkan kepada Allah. Namun jika gagal kita sabar dan cuba reda kerana perancangan Allah jauh lebih baik berbanding kita.
Tidak ketinggalan, hendaklah kita menjauhi semua kesalahan, baik besar mahupun kecil, kerana "Dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmu-Nya akan tiap-tiap sesuatu."
Page 40 of 67
![]() | |
Hubungi Penulis di: 019-3848467 (SMS sahaja) |