Baca & Download Koleksi e-Book Kami
Lebih 30 tajuk dihasilkan dan dikongsikan kepada anda.
Tazkirah hari ini, sabda Rasulullah s.a.w.,
إِنَّ لِلَّهِ آنِيَةٌ مِنْ أَهْلِ الأَرْضِ وآنِيَةُ رَبِّكُمْ قُلُوبُ عِبَادِهِ الصَّالِحِينَ وأَحَبُّهَا إلَيْهِ أَلْيَنُهَا وَأَرَقُّهَا.
Sesungguhnya untuk Allah bekas-bekas (containers) daripada penduduk bumi dan bekas-bekas (yang menjadi pilihan) Tuhan kalian (adalah yang mengandungi) hati para hamba-Nya yang soleh. Sementara hati yang paling dicintai-Nya adalah hati yang paling lembut dan paling santun.
[Dikeluarkan oleh al-Thabarani dalam Musnad al-Syamiyyin dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.: 1691]
Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika membicarakan biodata Abdullah bin Hisyam radhiallahu 'anh dalam al-Ishobah fi Tamyiz al-Shohabah, no. 5010, mengemukakan sebuah riwayat daripada beliau,
كان أصحاب رسول الله صلى الله عليه و سلم يتعلمون الدعاء كما يتعلمون القرآن إذا دخل الشهر أو السنة:
اللَّهُمَّ أَدْخِلْهُ عَلَيْنَا بِالْأَمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ، وَجَوَاز مِنَ الشَّيْطَانِ، وَرِضْوَانٍ مِنَ الرَّحْمَنِ.
Kebiasaan para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mereka saling mempelajari doa sebagaimana mereka saling mempelajari al-Qur’an. Apabila masuk bulan atau tahun (baru, mereka mempelajari doa),
“Ya Allah, masukkanlah ia ke atas kami dengan keamanan dan keimanan, keselamatan dan keislaman, bebas daripada syaitan, keredaan daripada al-Rahman.
Berkata al-Hafiz Ibn Hajar setelah mengemukakan riwayat ini, “(Riwayat) ini mauquf, (sahih) di atas syarat al-Shahih (yakni al-Bukhari).”
Beberapa catatan:
- Apabila para sahabat mengamalkan sesuatu ibadah – seperti doa di atas – bererti ia memiliki sandaran daripada Rasulullah meskipun mereka tidak menyandarkannya secara terus ke atas baginda.
- Dalam beberapa hadis ada diterangkan Rasulullah membaca doa apabila nampak anak bulan menandakan masuknya bulan baru.
- Para sahabat tidak membuat bid’ah yang baru melalui pengamalan doa ini. Ini kerana tahun baru yang dimaksudkan dalam riwayat tersebut bersamaan dengan nampaknya anak bulan bagi 1 Muharram.
- Apabila dikatakan para sahabat mempelajari doa ini dan membacanya sempena tahun baru, kemungkinan ia merujuk pada zaman pemerintahan Umar al-Khattab ketika beliau memulakan kiraan tahun baru.
- Kita turut dianjurkan membaca doa di atas secara BERSENDIRIAN ketika masuknya setiap bulan yang baru, tanpa terhadap kepada 1 Muharram.
- Belum ditemui riwayat bahawa para sahabat berhimpun secara khusus membuat majlis doa ini, sebelum masuknya waktu Maghrib menjelang 1 Muharram.
Walau sebiji kurma atau perkataan baik....
‘Adi bin Hatim radhiallahu 'anh berkata,
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَ النَّارَ فَأَشَاحَ بِوَجْهِهِ فَتَعَوَّذَ مِنْهَا ثُمَّ ذَكَرَ النَّارَ فَأَشَاحَ بِوَجْهِهِ فَتَعَوَّذَ مِنْهَا ثُمَّ قَالَ: اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَةٍ.
Bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menyebut tentang neraka, lalu memalingkan wajahnya dan memohon perlindungan Allah daripadanya.
Kemudian baginda menyebut lagi tentang neraka, lalu memalingkan wajahnya dan memohon perlindungan Allah daripadanya.
Kemudian baginda bersabda, “Lindungilah daripada neraka meskipun hanya dengan (bersedekah) sebiji kurma. Sesiapa yang tidak memilikinya, (bersedekahlah) dengan kata-kata yang baik.”
[Shahih al-Bukhari,no.: 6078/6563]
Sebagai manusia yang pernah melihat azab neraka ketika Isra' dan Mi'raj, ia ternyata amat dahsyat dan menggerunkan. Sehingga apabila bercerita tentangnya, baginda memalingkan wajahnya dan segera meminta perlindungan Allah.
Demikianlah sepatutnya sikap kita orang-orang yang beriman apabila tergerak hati melakukan sesuatu yang salah, baik yang besar atau kecil, terus teringat kepada kedahsyatan neraka dan segera berpaling daripada perkara salah tersebut.
Seterusnya baginda berpesan kepada kita untuk berusaha melindungi diri daripada neraka meski pun dengan amal-amal soleh yang kecil seperti bersedekah sebiji kurma atau mengucapkan perkataan yang baik-baik.
Di sini terdapat juga petunjuk bahawa perkataan-perkataan yang baik seperti pemberi motivasi, pujian yang sederhana, penghargaan, peringatan, nasihat dan penghubung silaturahim.... semuanya memiliki nilai pahala di sisi Allah.
Semuanya mampu menjadi saham yang kelak dapat menjauhkan kita daripada neraka.
Semoga Allah mengurniakan darjat syahid kepada semua yang terkorban dalam kebakaran Maahad Tahfiz pagi tadi.
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الشَّهَادَةُ سَبْعٌ سِوَى الْقَتْلِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ وَالْغَرِقُ شَهِيدٌ وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ وَصَاحِبُ الْحَرِيقِ شَهِيدٌ وَالَّذِي يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Mati syahid selain terbunuh di jalan Allah ada tujuh, yaitu: orang yang meninggal kerana terkena wabak penyakit adalah syahid, orang yang mati tenggelam adalah syahid, orang yang meninggal kerana sakit radang dada adalah syahid, orang meninggal kerana sakit perut adalah syahid, orang yang TERBAKAR adalah syahid, dan orang yang meninggal terkena runtuhan adalah syahid, serta seorang wanita yang meninggal dalam keadaan hamil adalah syahid."
(Shahih Sunan Abu Daud, no. 2704/3111)
--------
Imam Nawawi rahimahullah menjelaskan bahwa syahid itu ada tiga macam:
(1) Syahid yang mati ketika berperang melawan kafir harbi (yang berhak untuk diperangi). Orang ini dihukumi syahid di dunia dan mendapat pahala di akhirat. Syahid seperti ini tidak dimandikan dan tidak dishalatkan.
(2) Syahid dalam hal pahala namun tidak disikapi dengan hukum syahid di dunia. Contoh syahid jenis ini ialah mati kerana melahirkan, mati kerana wabah penyakit, mati kerana runtuhan, dan mati kerana membela hartanya dari rampasan, begitu pula penyebutan syahid lainnya yang disebutkan dalam hadits shahih.
Mereka tetap dimandikan, dishalatkan, namun di akhirat mendapatkan pahala syahid.
Namun pahalanya tidak harus seperti syahid jenis pertama.
(3) Orang yang khianat dalam harta ghanimah (harta rampasan perang), dalam dalil pun menafikan syahid pada dirinya ketika berperang melawan orang kafir. Namun hukumnya di dunia tetap dihukumi sebagai syahid, yaitu tidak dimandikan dan tidak dishalatkan. Sedangkan di akhirat, ia tidak mendapatkan pahala syahid yang sempurna. Wallahu a’lam. (Syarh Shahih Muslim, 2: 142-143)
Page 46 of 67
![]() | |
Hubungi Penulis di: 019-3848467 (SMS sahaja) |