Baca & Download Koleksi e-Book Kami
Lebih 30 tajuk dihasilkan dan dikongsikan kepada anda.
Hari ini atau esok kebanyakan orang dapat gaji.
Bagi yang belum melakukan korban, ayuh melakukannya.
Abu Hurairah menerangkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda,
مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا
Sesiapa yang baginya ada kelapangan (wang) tetapi tidak melakukan korban maka jangan mendekati tempat solat kami (untuk solat Hari Raya).
(Shahih Sunan Ibn Majah, no. 3114/3123; dinilai hasan oleh al-Albani).
Marilah kita melakukan korban, khasnya bersama umat Islam yang miskin baik di M'sia atau negara lain.
Ayuh manfaatkan 10 hari pertama bulan Zulhijjah dengan puasa, zikir, sedekah, kerja sukarelawan dan lain-lain amal soleh. (dijangka mulai Rabu atau Khamis ini).
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ
Daripada Ibnu Abbas, dia berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
"Tidak ada hari-hari yang amal soleh padanya lebih Allah cintai berbanding hari-hari ini - yakni sepuluh hari pertama Zulhijjah."
(Shahih Sunan Abu Daud secara ringkas, no.: 2082/2438)
Tazkirah hari ini,
عَنِ الْعِرْبَاضِ بْنِ سَارِيَةَ قَالَ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا سَقَى امْرَأَتَهُ مِنْ الْمَاءِ أُجِرَ
قَالَ فَأَتَيْتُهَا فَسَقَيْتُهَا وَحَدَّثْتُهَا بِمَا سَمِعْتُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
Daripada al-'Irbadh bin Sariyah dia berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya seorang lelaki jika dia memberi minum isterinya dengan air, maka dia mendapat pahala."
al-'Irbadh bin Sariyah berkata, "Maka aku mendatangi isteriku dan memberinya minum. Dan aku sampaikan dengan apa yang aku dengar daripada Rasulullah".
(Musnad Ahmad, no.: 16529. Hasan).
Hadis ini menerangkan keutamaan suami berbuat baik kepada isteri.
Jika kebaikan sekecil memberi minum air sudah diberi pahala, bagaimana pula dengan kebaikan yang lebih besar? Tentu lebih banyak pahala.
Hadis juga menganjurkan suami bersikap romantik kepada isteri. Tentu "sweet" suami yang memberi minum air kepada isteri.
Dalam hadis ini kelihatan kesungguhan para sahabat mempraktikkan ajaran Nabi secara serta merta, juga menyampaikan ajaran Nabi kepada ahli keluarga mereka.
Tazkirah hari ini, firman Allah s.w.t.,
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.
Dan sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).
Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Surah al-Thalaq 65:2-3)
Dalam ayat di atas Allah menerangkan manfaat bagi orang yang bertaqwa dan bertawakkal kepada-Nya.
Antara manfaat itu,
- Allah berikan kepadanya jalan keluar atau penyelesaian terbaik ke atas masalah yang sedang dihadapinya.
- Allah berikan kepadanya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.
- Allah menjadi penolong dan penyelamat dia.
Bagi mendapatkan semua manfaat ini, caranya bukan dengan menggantung ayat ini di dinding (Ayat 1000 Dinar??)
Page 49 of 67
![]() | |
Hubungi Penulis di: 019-3848467 (SMS sahaja) |