HafizFirdaus.com~Agama dan Kehidupan
Toggle Navigation
  • Utama
  • Profile
  • E-Buku
    • E-Buku Hafiz Firdaus Abdullah
    • E-Buku Penulis Lain
    • Bacaan Atas Talian
      • Soal-Jawab Adab-Adab Berdoa
  • Kolum Bulanan
    • Majalah Pa & Ma
      • Soal Jawab Agama
    • Dara.com
      • Cahaya Rohani
      • Mutiara Do'a
      • Soal Jawab Agama
    • Majalah i
      • 40,000 kaki
      • Penulisan kreatif
    • Pengantin
      • Soal Jawab Munakahat
      • Munakahat
    • Majalah Rapi
      • Motivasi
      • Soal Jawab Motivasi
    • Dewan Tamadun Islam
      • Dewan Tamadun Islam
  • Arkib
    • Kolum
      • Fiqh
      • Individu & Masyarakat
      • Aqidah
      • Artikel Umum
    • Menjawab Fitnah
      • Menjawab Fitnah
    • Ulasan buku
      • Hafiz Firdaus
      • ThTL
      • Abu Iqbal
      • Abu Adam
    • Soal Jawab Agama
      • al-Quran
      • Adab & Akhlak
      • Aqidah
      • Dakwah
      • Fiqh
      • Hadis
      • Individu & Masyarakat
    • Multimedia
  • Audio dan Video
  • Menjawab Fitnah
  • Mengulas Kenyataan
    • Asiah Abdul Jalil
    • Ustaz/Ustazah Lain
  • Ralat
  • Peta Laman

Baca & Download Koleksi e-Book Kami

Lebih 30 tajuk dihasilkan dan dikongsikan kepada anda.

Lihat Sekarang

Ikuti Kami di Facebook

facebook.com/hafizfirdaus.abdullah

Ikuti Sekarang
previous arrow
next arrow
Slider

THI: Pasar

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Tazkirah Hari Ini
Published: 14 November 2016
Hits: 6645

Tazkirah hari ini, sabda Nabi s.a.w.:

 

أَحَبُّ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ مَسَاجِدُهَا وَأَبْغَضُ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ أَسْوَاقُهَا

"Tempat yang paling Allah cintai adalah masjid, dan tempat yang paling Allah benci ialah pasar." (Shahih Muslim, no: 1076/671)

 

Dalam hadis yang lain baginda bersabda:

 

لَا تَكُونَنَّ إِنْ اسْتَطَعْتَ أَوَّلَ مَنْ يَدْخُلُ السُّوقَ وَلَا آخِرَ مَنْ يَخْرُجُ مِنْهَا فَإِنَّهَا مَعْرَكَةُ الشَّيْطَانِ وَبِهَا يَنْصِبُ رَايَتَهُ

"Selagi mampu, janganlah kamu menjadi orang yang pertama masuk ke dalam pasar dan menjadi orang terakhir keluar darinya.

Ini kerana pasar itu adalah sasaran utama syaitan dan di situlah syaitan mengibarkan benderanya." (Shahih Muslim, no: 4489/2451)

 

---------

Hadis-hadis ini memberi peringatan tentang pasar.

Masuklah sekadar perlu, bila perlu dan segeralah keluar bila urusan selesai.

Ini kerana di pasar berlaku banyak perkara yang melalaikan seseorang daripada Allah, pembaziran wang, hutang (takde duit tetapi nak beli juga) dan menaikkan nafsu (nak beli itu dan ini padahal tak perlu).

Pasar yang dimaksudkan tidaklah terhad kepada pasar borong dan pasar malam.

Namun berdasarkan kaedah analogi, pasar yang dimaksudkan dalam hadis-hadis ini termasuklah pasaraya-pasaraya moden (Giant, Tesco) dan pusat-pusat membeli-belah atau "shopping mall" pada masa kini.

Hadis ini menjadi peringatan kepada saya, kerana saya kerap berjalan-jalan di shopping mall!

 

KHFA - 4 Januari 2016

THI: Ahli Ilmu dan Ahli Ibadah

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Tazkirah Hari Ini
Published: 07 November 2016
Hits: 6400

Tazkirah hari ini, Abi Umamah al-Bahili radhiallahu 'anh berkata:

 

ذُكِرَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلَانِ أَحَدُهُمَا عَابِدٌ وَالْآخَرُ عَالِمٌ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ.

Disebut kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tentang dua orang lelaki, seorangnya ahli ibadah sementara yang lain ahli ilmu. Maka bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: Keutamaan ahli ilmu di atas ahli ibadah adalah seperti keutamaan aku di atas orang yang paling rendah di antara kalian.

 

ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرَضِينَ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ.

Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melanjutkan: Sesungguhnya Allah, para malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi bahkan semut yang ada di dalam sarangnya sampai ikan paus di lautan, mereka benar-benar berselawat ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia.

[Berkata Abu 'Isa, hadis ini hasan gharib sahih. Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 2609/2685]

 

-------

Selawat Allah bererti pengurniaan rahmatnya kepada manusia sementara selawat para malaikat bererti mendoakan kebaikan dan keampunan kepada manusia.

Merujuk kepada hadis di atas, para malaikat berselawat – yakni mendoakan kebaikan dan keampunan – kepada orang-orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia lain.

Mengajarkan kebaikan tidak semestinya bekerjaya sebagai guru, pensyarah dan ustazah, tetapi merangkumi semua usaha menyampaikan ilmu yang bermanfaat, sama ada sedikit atau banyak.

Pun begitu, hendaklah dipastikan terlebih dahulu bahawa ilmu yang akan disampaikan itu adalah sahih dan betul, bukan sekadar cerita-cerita dan petua-petua yang masyur tersebar.

Hadis ini juga menerangkan keutamaan orang yang menuntut, mengamal dan menyebarkan ilmu di atas orang yang beribadah. Ini kerana orang yang beribadah hanya membawa manfaat kepada dirinya seorang sementara orang yang berilmu, mengamalkannya dan menyebarkannya membawa manfaat kepada dirinya dan orang lain.

Selain itu seorang ahli ibadah kadangkala beribadah tanpa ilmu sehingga dia melakukan bid’ah yang disangkanya sunnah. Berbeza dengan ahli ilmu, dia mampu membezakan antara sunnah dan bid’ah, mengamalkan sunnah dan meninggalkan bid’ah.

 

KHFA - 2 Januari 2016

THI: Doa Iftitah Solat Malam

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Tazkirah Hari Ini
Published: 31 October 2016
Hits: 8259

Tazkirah hari ini, A'isyah (isteri Nabi s.a.w.) pernah ditanya tentang doa iftitah (bacaan doa pembuka solat) yang biasa dibaca oleh Nabi s.a.w. ketika solat malam.

Maka beliau menerangkan doa iftitah tersebut:

اللَّهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنْ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ.

Ya Allah tuhan Jibrail, Mikail dan Israfil, (tuhan) pencipta langit dan bumi, (tuhan) yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, Engkaulah yang memutuskan di antara hamba-hamba-Mu tentang apa yang padanya mereka berselisihan. Dengan izin-Mu, tunjukilah aku kebenaran dari apa yang diperselisihkan itu. Sesungguhnya Engkaulah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus lagi benar.[Shahih Muslim, no: 1289/770]

----------

Ini adalah doa iftitah yang amat indah lagi benar. Dalam suasana banyaknya perselisihan pendapat dan pemikiran masa kini, kita berdoa kepada Allah agar ditunjuk ke arah apa yang benar. Moga dengan itu kita tetap berada di atas jalan yang lurus lagi benar (shirat al-mustaqim).

 

KHFA - 1 Jan 2016

Nov 2015: Jin dan Islam

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Cahaya Rohani
Published: 30 September 2016
Hits: 5880

Kita telah banyak berkenalan dengan makhluk jin sejak beberapa bulan yang lepas. Kali ini kita akan sentuh satu persoalan, apakah jin memiliki agama? Apakah mereka hidup taat sepenuhnya kepada Allah sepertimana malaikat, atau hidup bebas tanpa apa-apa tanggungjawab agama?

Persoalan ini dapat dijawab dengan ayat berikut di mana Allah berfirman: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. [al-Zariat 51:56] Berdasarkan ayat ini, tujuan ciptaan jin adalah sepertimana ciptaan manusia, iaitu agar kedua-dua spesis ini mentauhidkan Allah, menyembah Allah dan beribadah kepada-Nya.

Sebaik-baik Jin…

Pernah dengar kata ungkapan: Sebaik-baik jin adalah bersamaan seburuk-buruk manusia? Ungkapan ini bukanlah ayat al-Qur’an, hadis Rasulullah atau pesanan ulama’. Ia hanyalah ungkapan kebiasaan masyarakat kita. Marilah kita menilai sejauh mana betul atau salah ungkapan ini.

Dalam al-Qur’an terdapat sebuah surah yang Allah namakan Surah al-Jin. Allah mulakan surah ini dengan firman-Nya: Katakanlah (wahai Muhammad): Telah diwahyukan kepadaku bahawasanya sekumpulan jin telah mendengarkan (al-Qur'an) lalu mereka berkata: “Sesungguhnya kami telah mendengarkan Al Qur'an yang menakjubkan, (yang) memberi petunjuk kepada jalan yang benar. Lalu kami beriman kepadanya dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan seorangpun dengan Tuhan kami.” [al-Jin 72:1-2]

Read more ...

  1. Nov 2015: Solat Dalam Kapal Terbang
  2. Dis 2015: Nama-Nama Malaikat
  3. Dis 2015: Meminta Pertolongan Jin
  4. Okt 2015: Jin Dan Hubungan Seks
  5. Okt 2015: Anak Yang Tergadai Kerana Aqiqahnya

Page 65 of 67

  • 58
  • 59
  • 60
  • 61
  • 62
  • 63
  • 64
  • 65
  • 66
  • 67

Hafiz Firdaus di FB

fb2

penulis-banner.gif
 pdf-icon.jpg Kenali Penulis

Hubungi Penulis di:

019-3848467 (SMS sahaja)
hafizfirdaus@hotmail.com

Dapatkan buku karangan Penulis di:
Jahabersa

Hantarkan soalan anda ke:
al-fikrah.gif 
Dapatkan karya bermanfaat di:
karangkraf.jpg

Statistics

Users
1091
Articles
1409
Articles View Hits
9482560
~ start on 28 March 2019

Back to Top

© 2021 HafizFirdaus.com~Agama dan Kehidupan