Baca & Download Koleksi e-Book Kami
Lebih 30 tajuk dihasilkan dan dikongsikan kepada anda.
Tazkirah hari ini, firman Allah s.w.t.,
وَمَا تَكُونُ فِي شَأْنٍ وَمَا تَتْلُو مِنْهُ مِن قُرْآنٍ
وَلَا تَعْمَلُونَ مِنْ عَمَلٍ إِلَّا كُنَّا عَلَيْكُمْ شُهُودًا إِذْ تُفِيضُونَ فِيهِ
وَمَا يَعْزُبُ عَن رَّبِّكَ مِن مِّثْقَالِ ذَرَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ
وَلَا أَصْغَرَ مِن ذَٰلِكَ وَلَا أَكْبَرَ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari Al Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan (baik atau buruk), melainkan Kami menjadi SAKSI atasmu pada waktu kamu melakukannya.
Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarrah (atom) di bumi ataupun di langit.
Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata.
(Yunus 10:61)
--------
Jadikanlah ayat ini motivasi berbuat baik, meskipun yang sekecil-kecilnya.
Isteri yang membuka pintu untuk suami, suami yang menuang air untuk isteri, anak yang senyum kepada ibu atau ayah, semuanya Allah menjadi saksi.
Jadikan ia motivasi untuk jauhi keburukan, meskipun yang amat kecil atau dipandang remeh.
Meminta maaf adalah apabila telah berbuat salah kepada orang lain.
Bukan sempena datangnya bulan Ramadhan.
Ada hadis yang tersebar tentang amalan minta maaf ini, akan tetapi ia palsu.
Sila baca pautan di bawah.
Tazkirah hari ini, firman Allah s.w.t.,
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ
ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ يُدَبِّرُ الْأَمْرَ
مَا مِن شَفِيعٍ إِلَّا مِن بَعْدِ إِذْنِهِ
ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ
فَاعْبُدُوهُ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa.
Kemudian Dia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan.
Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkan-Nya.
Itulah Allah, Tuhan kamu;
Maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingati-Nya?
(Yunus 10:03)
--------
Allah semayam atas Arasy dan mentadbir segala urusan dari sana bukanlah rekaan golongan Wahabi mahupun Salafi, tetapi ia adalah kenyataan Allah sendiri.
Bahkan dengan sifat sedemikianlah Allah mahu diri-Nya dikenali dan diimani, sebagaimana firman-Nya,
"Itulah Allah, Tuhan kamu".
Allah tidak memerlukan Arasy mahupun terbatas kepadanya.
Kita juga tidak berkata Allah memerlukan Arasy dan terbatas kepadanya.
Namun memandangkan Allah menyatakan diri-Nya bersemayam atas Arasy, maka kita pun beriman kepadanya dan menetapkannya.
Dianjurkan membaca al-Qur'an pada bila-bila masa, kerana Q & S menganjurkannya.
Dianjurkan berdoa pada bila-bila masa, kerana Q
& S menganjurkannya.
Akan tetapi....
Mengkhususkan malam Nisfu Sya'ban untuk membaca surah Yasin 3 kali dengan doa tertentu di akhir setiap bacaan, maka tiada anjuran daripada Q & S.
Malah terdapat tegahan daripada Q & S, iaitu tegahan daripada berbuat bid'ah.
Mengkhususkan satu cara ibadah dan/atau pada satu masa tertentu adalah bid'ah.
Ayuh kita beribadah berdasarkan ilmu, agar ibadah itu menjana pahala dan mendekatkan kita kepada syurga serta reda-Nya.
Jauhilah ibadah berdasarkan ikut-ikutan, agar kita tidak melakukan yang sia-sia, yang mendekatkan kita kepada kesesatan serta neraka.
Q & S = al-Qur'an dan al-Sunnah.
Page 22 of 67
![]() | |
Hubungi Penulis di: 019-3848467 (SMS sahaja) |