Soalan 49: Bolehkah Mendoakan Orang Kafir Yang Tidak Memusuhi Islam? Seperti Ucapan “Selamat Hari Natal” Dan “Selamat Pagi”.
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Soal-Jawab Adab-Adab Berdoa
- Hits: 2434
Soalan: Bolehkah Mendoakan Orang Kafir Yang Tidak Memusuhi Islam? Seperti Ucapan “Selamat Hari Natal” Dan “Selamat Pagi”.
Jawapan:
Bagi menjawab soalan ini, hendaklah mengetahui dan membezakan sikap kita terhadap orang kafir. Ia terbahagi kepada dua sudut, daripada sudut agama dan daripada sudut urusan harian.
Pertama: Daripada Sudut Agama.
Daripada sudut agama, sikap kita kepada orang-orang kafir adalah sebagaimana ayat-ayat berikut,
قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ
Katakanlah, “Wahai orang-orang kafir,
لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,
وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ
Dan kamu tidak mahu menyembah apa yang aku sembah,
وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ
Dan aku tidak akan beribadah sebagaimana kamu beribadah,
وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ
Dan kamu tidak mahu beribadah sebagaimana aku beribadah,
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ.
Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.” [al-Kafirun 109:1-6]
Soalan 48: Bolehkah Menarik Balik Doa?
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Soal-Jawab Adab-Adab Berdoa
- Hits: 2440
Soalan: Bolehkah Menarik Balik Doa?
Jawapan:
Manusia memang tidak asing daripada berbuat kesilapan dan salah satu kesilapan itu adalah silap dalam berdoa. Ini boleh berlaku kerana beberapa keadaan, seperti ketika sedang marah, beremosi, mendapat maklumat yang tidak betul atau menggunakan perkataan yang tidak tepat. Oleh itu boleh didapati suasana ibu yang memarahi anak, suami yang memarahi isteri dan majikan yang memarahi pekerja dengan mengeluarkan kata-kata buruk seperti sebuah doa, hanya untuk dikesali sesudah itu.
Pada asalnya, hendaklah setiap Muslim melazimkan diri menjauhi perkataan dan ucapan yang buruk supaya dalam keadaan apa pun, yang terbit dari mulut dan jari-jemarinya hanyalah yang baik-baik belaka.
Soalan 47: Apakah Doa Istikharah?
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Soal-Jawab Adab-Adab Berdoa
- Hits: 2973
Soalan: Apakah Doa Istikharah?
Jawapan:
Doa Istikharah adalah seseorang itu membuat pilihan perkara yang penting dalam kehidupannya, lalu dia solat sunat dua rakaat dan berdoa kepada Allah agar pilihannya adalah betul, dipermudahkan dan diberkati Allah. Kemudian dia berusaha bersungguh-sungguh bagi menjayakan pilihannya sambil yakin bahawa itulah yang terbaik baginya.
Doa Istikharah merupakan salah satu cara seseorang itu membuktikan tauhidnya kepada Allah, di mana dia meletakkan keyakinan dan kebergantungan pada Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam pilihan serta urusan kehidupannya.
Doa Istikharah bukanlah apabila seseorang itu keliru antara dua atau lebih pilihan lalu dia berdoa meminta petunjuk pilihan manakah yang betul. Hasil doa Istikharah juga tiada kaitan dengan mimpi atau kejadian buruk. Semua itu hanyalah kepercayaan sebahagian masyarakat kita.
Soalan 46: Kenapa Berdoa Jika Semuanya Sudah Ditakdirkan?
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Soal-Jawab Adab-Adab Berdoa
- Hits: 2383
Soalan: Kenapa Berdoa Jika Semuanya Sudah Ditakdirkan?
Jawapan:
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menyatakan,
لاَ يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلاَّ الدُّعَاءُ وَلاَ يَزِيدُ فِي الْعُمْرِ إِلاَّ الْبِرُّ.
Tidak ada yang dapat mencegah takdir melainkan doa dan tidak ada yang menambahi umur melainkan amal kebaikan.[1]
Malah baginda sendiri lazim berdoa, sebagaimana ungkap Abu Hurairah radhiallahu 'anh,
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَتَعَوَّذُ مِنْ سُوءِ الْقَضَاءِ وَمِنْ دَرَكِ الشَّقَاءِ وَمِنْ شَمَاتَةِ الأَعْدَاءِ وَمِنْ جَهْدِ الْبَلاَءِ.
Bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam lazim berdoa untuk berlindung daripada taqdir buruk, kesialan, cacian musuh dan daripada ujian yang menyusahkan.[2]
Page 2 of 67