THI Mei 2018: Piala Dunia dan sedekah
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Tazkirah Hari Ini
- Hits: 1472
Sempena musim Piala Dunia ini, mungkin ada yang sekadar mengajak atau mencabar sahabatnya bertaruh.... pasukan manakah yang akan menang?
Ketahuilah bahawa bertaruh atau berjudi hukumnya haram meskipun sekadar ajak-ajakan.
Nabi s.a.w. bersabda,
وَمَنْ قَالَ لِصَاحِبِهِ تَعَالَ أُقَامِرْكَ فَلْيَتَصَدَّقْ
Sesiapa yang berkata kepada sahabatnya, "Marilah aku berjudi / bertaruh dengan kamu" maka hendaklah dia bersedekah. (Shahih al-Bukhari, no: 4482/4860)
Peranan sedekah dalam hadis di atas adalah sebagai kaffarah (penghapus) dosa.
THI Mei 2018: Bergembiralah dengan musibah
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Tazkirah Hari Ini
- Hits: 1531
Pernah merancang atau melakukan satu perkara mungkar lalu ditimpa musibah?
Bergembiralah kerana itu tanda Allah menginginkan kebaikan kepada kamu, maka ambillah iktibar dan jauhi perkara mungkar tersebut.
Berbeza dengan orang yang Allah biarkan dia berterusan dalam perkara mungkar dan hanya akan menghukum ketika di Hari Akhirat kelak.
Marilah kita menyemak hadis berikut daripada ‘Abdullah bin Mughaffal:
Bahawa seorang lelaki menemui seorang wanita yang pada masa jahiliyyah adalah seorang pelacur. Maka lelaki itu bercanda (flirting) dengannya sehingga menghulurkan tangan (untuk menyentuh)nya.
Wanita itu berkata, “Tahanlah (tangan kamu)! Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla telah menghilangkan kesyirikan (dalam lafaz lain: menghilangkan zaman jahiliyyah) dan mendatangkan Islam!” (ertinya dia sudah bertaubat dari kerjaya melacur masa lalu dan sudah memeluk Islam).
Maka lelaki itu beralih pergi, (sambil berjalan) mukanya melanggar tembok sehingga cedera (mungkin kerana dia masih menoleh ke belakang melihat wanita tersebut).
Maka lelaki itu mendatangi Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan mengkhabarkan apa yang berlaku. Maka baginda bersabda:
أَنْتَ عَبْدٌ أَرَادَ اللهُ بِكَ خَيْرًا .
إِذَا أَرَادَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ بِعَبْدٍ خَيْرًا عَجَّلَ لَهُ عُقُوبَةَ ذَنْبِهِ،
وَإِذَا أَرَادَ بِعَبْدٍ شَرًّا أَمْسَكَ عَلَيْهِ بِذَنْبِهِ حَتَّى يُوَافِى بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُ عَيْرٌ.
“Anda seorang yang Allah kehendaki kebaikan untuk anda.
Apabila Allah ‘Azza wa Jalla menghendaki kebaikan bagi seorang hamba, maka akan disegerakan hukuman dosa-dosanya (di dunia).
Sementara jika dikehendaki keburukan bagi seorang hamba, ditangguhkan ke atasnya dosa-dosanya sehinggalah dibalas pada Hari Kiamat.”
[Musnad Ahmad, hadis no.: 16204/16806 dan dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakannya]
THI Mei 2018: Janganlah berpaling dari peringatan Allah
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Tazkirah Hari Ini
- Hits: 2275
Tazkirah hari ini, firman Allah s.w.t.,
وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ
Dan barangsiapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta". (Taha 20:124)
--------
Berkata Imam Ibn Katsir tentang firman Allah, "Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku":
Iaitu menentang perintah-Ku dan menentang apa yang Aku turunkan kepada rasul-rasul-Ku, lalu dia berpaling daripadanya dan melupakannya serta mengambil petunjuk dari selainnya.
Berkata Imam Ibn Katsir tentang "kehidupan yang sempit":
Yakni kehidupan yang sempit di dunia.
Maka tiada ketenangan baginya dan dadanya tidak lapang, bahkan selalu sempit dan sesak kerana kesesatannya;
Walaupun pada zahirnya dia hidup mewah dan memakai pakaian apa saja yang disukainya, memakan makanan apa saja yang disukainya, dan bertempat tinggal di rumah yang disukainya.
Sekalipun hidup dengan semua kemewahan itu, pada hakikatnya hatinya tidak mempunyai keyakinan yang mantap dan tidak mempunyai pegangan petunjuk, bahkan hatinya selalu khawatir, bingung, dan ragu. Dia terus-menerus tenggelam di dalam keragu-raguannya.
Hal inilah yang dimaksudkan dengan kehidupan yang sempit.
Jika diperhatikan pengikut Islam Liberal, para wanita mereka tidak bertudung yang menutup kepala / rambut.
Namun perhatikan juga bahawa mereka berpakaian yang menutup ruang V di antara buah dada (cleavage).
THI Mei 2018: Sifar Ahli Syurga
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Tazkirah Hari Ini
- Hits: 1453
Sifat ahli Syurga, sedikit tidur dan banyak istighfar di waktu sahar/sahur...
🏡 Ketika Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebutkan sebahagian dari sifat-sifat orang yang bertaqwa diikuti balasan Syurga dengan segala macam keindahannya, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
الصَّابِرِينَ وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِينَ وَالْمُنْفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالْأَسْحَارِ
“(Yakni) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon keampunan) di waktu sahar.” [Surah Ali ‘Imran, 3: 17]
Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menyebutkan:
دل على فضيلة الاستغفار وقت الأسحار.
“Ini merupakan dalil yang menunjukkan keutamaan istighfar di waktu sahar.” [Tafsir Ibn Katsir, 2/23]
Demikian juga pada ayat yang lain Allah menyebutkan tentang sifat mereka (yakni sifat ahli Syurga):
كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ (17) وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
“Bahawa mereka (ketika di dunia) sedikit sekali tidur di waktu malam, dan mereka beristighfar (memohon keampunan) di waktu sahar.” [Surah Adz-Dzariyaat, 51: 17-18]
Terus hidupkan waktu sahar dengan istighfar dan ibadah.
Page 32 of 67