Baca & Download Koleksi e-Book Kami
Lebih 30 tajuk dihasilkan dan dikongsikan kepada anda.
Antara hadis kegemaran (favourite) saya adalah berikut ini, di mana Rasulullah s.a.w. bersabda,
مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلاَّ عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلاَّ رَفَعَهُ اللَّهُ.
Tidaklah sedekah itu menyusutkan harta dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat kemaafannya melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang bersifat rendah diri kerana Allah melainkan Allah menaikkan darjatnya. [Shahih Muslim no.: 4689/2588]
Pengajarannya:
[1] Sedekah tidak akan mengurangkan harta anda.
[2] Allah memuliakan orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain. Lagi banyak memaafkan, lagi tinggi kemuliaannya.
[3] Allah menaikkan darjat orang yang bersikap rendah diri (tawadhu').
Ayuh kita menghiasi diri dengan tiga sikap mulia ini: bersedekah, memaafkan dan merendah diri.
Sebelum ini saya jelaskan keutamaan berbuat baik kepada ibu dan bapa, baik ketika mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Apakah cara terbaik untuk berbuat baik kepada ibu dan bapa selepas mereka meninggal dunia?
Hayatilah hadis berikut bagi mengetahui jawapannya.
Dalam satu perjalanan ke Mekah, ‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma menemui seorang Arab Badui. Lantas Ibn ‘Umar mengucapkan salam kepada beliau, menaikkan beliau ke atas keldai yang tadi ditungganginya dan kemudian memberikan beliau serban yang sedang dipakainya.
Ibn Dinar (yang menyaksikan perbuatan Ibn ‘Umar) berkata kepadanya: “Semoga Allah memperelok keadaan kamu! Sesungguhnya mereka adalah orang Arab Badui dan sesungguhnya mereka sudah mencukupi dengan sesuatu yang sedikit.”
Maka Ibn ‘Umar menjawab,
إِنَّ أَبَا هَذَا كَانَ وُدًّا لِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ وَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: إِنَّ أَبَرَّ الْبِرِّ صِلَةُ الْوَلَدِ أَهْلَ وُدِّ أَبِيهِ.
“Sesungguhnya ayah orang ini adalah sahabat yang amat dicintai oleh (ayahku) ‘Umar bin al-Khaththab. Sesunguhnya aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya bakti terbaik seorang anak ialah menghubung kan silaturahim dengan orang yang dicintai ayahnya.”
[Shahih Muslim, no.: 4629/2552]
Pagi ini suka saya berkongsi sebuah hadis yang pastinya ramai pernah baca atau dengar, tetapi sudahkah mempraktikkannya?
Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟ قَالَ: أُمُّكَ.
قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ: ثُمَّ أُمُّكَ. قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ: ثُمَّ أُمُّكَ. قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ: ثُمَّ أَبُوكَ.
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya,
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya?”
Baginda menjawab, “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi, “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab, “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi, “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab, “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi, “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab, “Ayah kamu.”
[Shahih al-Bukhari,no.: 5514/5971]
Malam-malam sebelum tidur baca apa?
Inilah bacaan yang Nabi s.a.w. amalkan,
بِاسْمِكَ نَمُوتُ وَنَحْيَا
Dengan nama Engkau (Ya Allah), kami mati dan kami hidup.
[Shahih al-Bukhari, 6846/7395]
Page 44 of 67
![]() | |
Hubungi Penulis di: 019-3848467 (SMS sahaja) |