THI: Pakej solat?
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Tazkirah Hari Ini
- Hits: 6447
Melafazkan niat dan menyapu muka adalah dua perbuatan di luar solat.
Namun apabila ia diikat dengan ibadah solat, ia menjadi sebahagian daripada solat. Seolah-olah ia menjadi satu pakej.
Erti diikat atau pakej ialah seseorang itu tidak akan melafazkan niat melainkan sudah berdiri menghadap kiblat dan siap sedia untuk takbir.
Juga seseorang itu tidak akan menyapu mukanya melainkan sesudah memberi salam ke sebelah kiri.
Apabila sudah diikat menjadi sebahagian daripada ibadah solat (pakej solat), maka hendaklah ada sunnah sahih yang menunjukkannya.
Saya hairan dengan sebahagian orang agama yang mengetahui dua amalan ini (melafazkan niat dan menyapu muka) tidak berasal dari sunnah yang sahih, lalu mereka cuba menjustifikasikannya dengan alasan,
"Ia bukan sebahagian daripada solat, maka boleh saja dilakukan apa yang dikehendaki".
THI: Ingin berjumpa dengan Allah?
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Tazkirah Hari Ini
- Hits: 3586
Firman Allah s.w.t.,
فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal soleh dan janganlah dia mempersekutukan seorangpun dalam beribadah kepada Tuhannya. (al-Kahf 18:110)
---------
Ayat ini menerangkan salah satu tujuan utama seorang Muslim, iaitu bercita-cita atau berharap akan dapat berjumpa dengan Allah pada Hari Akhirat kelak.
Bagi mencapai cita-cita ini, hendaklah dia beramal soleh dan tidak menyekutukan Allah dalam ibadahnya.
Contoh lazim menyekutukan Allah dalam ibadah ialah riya' dan sum'ah.
Riya' ialah memperlihatkan ibadahnya agar orang lain memujinya.
Sum'ah ialah memperdengarkan (dengan cara membicarakan) ibadahnya agar orang lain memujinya.
Contoh lain menyekutukan Allah dalam ibadah ialah menjadikan ustaz dan ustazah sumber yang mensyari'atkan sesuatu ibadah.
Padahal hak mensyari'atkan sesuatu ibadah hanyalah Allah.
Oleh itu marilah kita memastikan ibadah kita hanya daripada Allah dan hanya untuk Allah.
THI: Saya dan malam Nisfu Sya'ban.
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Tazkirah Hari Ini
- Hits: 3599
(1) Lama dulu saya termasuk yang menghidupkan malam Nisfu Sya'ban dengan ibadah.
Ketika itu saya mengikuti kebiasaan orang-orang tua.
(2) Kemudian saya mendapat tahu bahawa itu adalah bid'ah, maka saya tidak lagi menghidupkan malam Nisfu Sya'ban dengan ibadah.
(3) Kemudian saya mendapat tahu ada khilaf di kalangan ulama dalam bab ini.
Sebabnya, mereka berbeza pendapat tentang darjat hadis-hadis yang menerangkan keutamaan malam Nisfu Sya'ban.
Malah terdapat riwayat yang menerangkan sebahagian salaf yang menghidupkan malam Nisfu Sya'ban dengan ibadah.
Maka kini saya bersikap lapang dalam bab ini. Sesiapa yang ingin beribadah pada malam Nisfu Sya'ban maka dipersilakan. Sesiapa yang enggan, dipersilakan juga.
Demikianlah, hendaklah kita berterusan mengkaji dan mengkaji, bersedia menukar pendirian dengan penemuan ilmu yang baru.
Beberapa hari lagi akan tiba malam Nisfu Sya'ban. Jemput semak pautan berikut:
THI: Bermaafan Sebelum Ramadhan
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Tazkirah Hari Ini
- Hits: 4653
Bermaaf-maafan sempena Ramadhan
Tak lama lagi menjelang bulan Ramadhan, akan tersebar hadis anjuran bermaaf-maafan. Apakah status hadis itu?
Jemput baca: Muslim.or.id - Bermaafan Sebelum Ramadhan
Page 57 of 67