HafizFirdaus.com~Agama dan Kehidupan
Toggle Navigation
  • Utama
  • Profile
  • E-Buku
    • E-Buku Hafiz Firdaus Abdullah
    • E-Buku Penulis Lain
  • Kolum Bulanan
    • Majalah Pa & Ma
      • Soal Jawab Agama
    • Dara.com
      • Cahaya Rohani
      • Mutiara Do'a
      • Soal Jawab Agama
    • Majalah i
      • 40,000 kaki
      • Penulisan kreatif
    • Pengantin
      • Soal Jawab Munakahat
      • Munakahat
    • Majalah Rapi
      • Motivasi
      • Soal Jawab Motivasi
    • Dewan Tamadun Islam
      • Dewan Tamadun Islam
  • Arkib
    • Kolum
      • Fiqh
      • Individu & Masyarakat
      • Aqidah
      • Artikel Umum
    • Menjawab Fitnah
      • Menjawab Fitnah
    • Ulasan buku
      • Hafiz Firdaus
      • ThTL
      • Abu Iqbal
      • Abu Adam
    • Soal Jawab Agama
      • al-Quran
      • Adab & Akhlak
      • Aqidah
      • Dakwah
      • Fiqh
      • Hadis
      • Individu & Masyarakat
    • Multimedia
  • Audio dan Video
  • Menjawab Fitnah
  • Mengulas Kenyataan
    • Asiah Abdul Jalil
    • Ustaz/Ustazah Lain
  • Ralat
  • Peta Laman

Baca & Download Koleksi e-Book Kami

Lebih 30 tajuk dihasilkan dan dikongsikan kepada anda.

Lihat Sekarang

Ikuti Kami di Facebook

facebook.com/hafizfirdaus.abdullah

Ikuti Sekarang
previous arrow
next arrow
Slider

THI 2019: Hitungi Nikmat Allah Kepadamu!

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Tazkirah Hari Ini
Published: 29 April 2019
Hits: 1066

Tazkirah hari ini, firman Allah s.w.t.,

 

وَآتَاكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ الْإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ

Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepadanya.

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu mampu menghitungnya.

Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).

(Ibrahim 14:34)

-------

Menghitung nikmat Allah bukan saja pada rumah mewah, kereta canggih dan motor besar.

Tetapi pada semua perkara yang kita biasa lakukan, sehingga kerap terlepas pandang bahawa ia satu nikmat daripada Allah.

Contoh, buang air kecil dan buang air besar.

Berapa ramai yang menghitungnya sebagai salah satu nikmat Allah?

Kita hanya akan sedar ia satu nikmat apabila Allah menarik balik kemudahan itu, yakni apabila memakai diapers dewasa atau ada beg najis yang tergantung di tepi.

Atau apabila diserang prostate cancer atau colon cancer.

Ayuh kita menjadi orang yang bersyukur kepada Allah dengan menghitung semua nikmat-Nya, khasnya yang lazim digunakan sehari-harian.

THI 2019: Hasanah Yang Menjadi Debu

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Tazkirah Hari Ini
Published: 22 April 2019
Hits: 377

Buat apa tu bila sorang-sorang🧐🤫?

Jemput baca tazkirah hari ini,

Daripada Tsauban, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

 

لَأَعْلَمَنَّ أَقْوَامًا مِنْ أُمَّتِي يَأْتُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِحَسَنَاتٍ أَمْثَالِ جِبَالِ تِهَامَةَ بِيضًا،

فَيَجْعَلُهَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ هَبَاءً مَنْثُورًا

"Sungguh saya telah mengetahui bahwa ada suatu kaum dari umatku yang datang pada Hari Kiamat dengan membawa kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih. Kemudian Allah 'Azza wa Jalla menjadikannya debu yang berterbangan.”

 

قَالَ ثَوْبَانُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا،

جَلِّهِمْ لَنَا أَنْ لَا نَكُونَ مِنْهُمْ، وَنَحْنُ لَا نَعْلَمُ.

Tsauban bertanya, “Wahai Rasulullah, sebutkanlah ciri-ciri mereka dan jelaskanlah keadaan mereka agar kami tidak menjadi seperti mereka tanpa disadari.”

 

أَمَا إِنَّهُمْ إِخْوَانُكُمْ، وَمِنْ جِلْدَتِكُمْ، وَيَأْخُذُونَ مِنَ اللَّيْلِ كَمَا تَأْخُذُونَ،

وَلَكِنَّهُمْ أَقْوَامٌ إِذَا خَلَوْا بِمَحَارِمِ اللَّهِ انْتَهَكُوهَا

Baginda bersabda: “Sesungguhnya mereka adalah saudara kalian dan dari golongan kalian, mereka mengambil waktu malam (untuk beribadah) sebagaimana kalian mengambilnya (untuk beribadah), tetapi mereka adalah kaum yang jika bersendirian, mereka melanggar perkara yang diharamkan oleh Allah.”

[Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no.: 4235/4245]

--------

Antara perkara haram yang kerap dilanggar apabila berseorangan adalah melihat gambar atau video lucah (porn).

Betul ke?

Sekadar bertanya 🤔

THI 2019: Pendirian Dalam Ucapan Kepada Orang Kafir

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Tazkirah Hari Ini
Published: 15 April 2019
Hits: 485

Tazkirah hari ini merujuk kepada sebuah surah yang dimulakan dengan "Qul...", yang bermaksud "Katakanlah..."

Dalam bahasa media sosial masa kini, ia bermaksud "Viralkanlah...." atau "Tularkanlah....", agar mesej dapat disampaikan kepada semua, baik yang Muslim mahupun yang belum Muslim (kafir). Surah ini dan mesejnya disampaikan meskipun tiada siapa yang bertanya atau berbincang tentangnya.

 

قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ

Katakanlah, “Wahai orang-orang kafir,


لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ

Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,


وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ

Dan kamu tidak mahu menyembah apa yang aku sembah,


وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ

Dan aku tidak akan beribadah sebagaimana kamu beribadah,


وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ

Dan kamu tidak mahu beribadah sebagaimana aku beribadah,


لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ.

Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.” [al-Kafirun 109:1-6]

Surah ini membentuk pendirian kita terhadap orang-orang belum Islam, yakni orang kafir. Bagi mereka sembahan yang mereka jadikan tuhan dengan cara ibadah mereka sendiri. Bagi kita tuhan hanyalah Allah dan kita beribadah kepada-Nya mengikut cara yang disyari'atkan oleh-Nya.

Ringkasnya, "Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku."

Read more ...

THI 2019: Mustajab Doa Dalam Solat Jumaat

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Tazkirah Hari Ini
Published: 08 April 2019
Hits: 531

Mulai esok ketika solat Jumaat, apabila khatib duduk di antara dua khutbah, manfaatkan masa singkat itu untuk berdoa kepada Allah. Itulah antara masa dimakbulkan doa pada hari Jumaat.

 

أَبِي بُرْدَةَ بْنِ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ قَالَ: قَالَ لِي عَبْدُ اللهِ بْنُ عُمَرَ:

أَسَمِعْتَ أَبَاكَ يُحَدِّثُ عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي شَأْنِ سَاعَةِ الْجُمُعَةِ؟

Abu Burdah bin Abu Musa al-‘Asy’ari berkata, ‘Abdullah bin ‘Umar bertanya padaku,

“Apakah kamu mendengar ayahmu menceritakan daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tentang waktu (dimakbulkan doa) pada Hari Jumaat?”

 

قُلْتُ: نَعَمْ، سَمِعْتُهُ يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:

هِيَ مَا بَيْنَ أَنْ يَجْلِسَ الْإِمَامُ إِلَى أَنْ تُقْضَى الصَّلَاةُ.

(Abu Burdah) menjawab, “Ya, aku mendengar ayahku berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

“Waktu itu ialah antara duduknya imam (di antara dua khutbah) sehinggalah selepas solat”.” (Shahih Muslim, 1409/853)

Read more ...

  1. THI 2019: Yang Dibaca Pada Solat Witir
  2. THI Disember 2018: Muhasabah hujung tahun
  3. THI Disember 2018: Hadiah kepada simati
  4. THI Disember 2018: Nasihat dalam memberi tazkirah.
  5. THI Disember 2018: Doa yang paling banyak Rasulullah baca

Page 6 of 48

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • ...
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • ...

Hafiz Firdaus di FB

fb2

penulis-banner.gif
 pdf-icon.jpg Kenali Penulis

Hubungi Penulis di:

019-3848467 (SMS sahaja)
hafizfirdaus@hotmail.com

Dapatkan buku karangan Penulis di:
Jahabersa

Hantarkan soalan anda ke:
al-fikrah.gif 
Dapatkan karya bermanfaat di:
karangkraf.jpg

Statistics

Users
1091
Articles
1331
Articles View Hits
8708940
~ start on 28 March 2019

Back to Top

© 2019 HafizFirdaus.com~Agama dan Kehidupan