Boleh akhie HF terangkan kepada saya teknis belajar yang digunakan. Saya juga mencari kaedah dan cara yang bermanfaat agar dapat juga mendalami > ilmu-ilmu agama dengan baik.
wassalam.
Teknik Belajar
Assalamualaikum,
Boleh akhie HF terangkan kepada saya teknis belajar yang digunakan. Saya juga mencari kaedah dan cara yang bermanfaat agar dapat juga mendalami > ilmu-ilmu agama dengan baik.
wassalam.
Jawapan:
wa'alaikumussalam warahmatullah,
Sebenarnya
tidak ada teknik khusus dan tersusun. Memandangkan akhie bertanya, saya
dapat rumuskan beberapa teknik atau poin penting untuk kita belajar
ilmu-ilmu agama.
[1] Ikhlas
Ini
adalah poin terpenting. Hendaklah kita menuntut ilmu ikhlas kerana
Allah. Jika kita menuntut ilmu untuk menggapai keuntungan duniawi,
untuk menjaga nama baik, untuk perlagakan sesama ulama', merendahkan
orang lain dan sebagainya, ia tidak akan menghasilkan kejayaan yang
hakiki di sisi Allah.
Kita
mungkin berjaya di sisi ukuran kita dan memperoleh sanjungan sebahagian
manusia tetapi di sisi Allah ia adalah sesuatu yang buruk dan bakal
memperoleh azab-Nya di Akhirat nanti.
[2] Minat.
"Minat"
(Interest) adalah faktor yang dapat menyelesaikan separuh pertama hajat
seseorang. Separuh kedua ialah berusaha untuk membenarkan hajat
tersebut.
"Minat" seseorang kepada sesuatu perkara mampu membawa dia ke tahap yang sebelum itu tidak terbayang olehnya.
Minat
seseorang ke bidang komputer umpamanya mampu menjadikan dia seorang
programmer atau juru teknik komputer tanpa dia sendiri pada asalnya
memiliki apa-apa kelulusan formal dalam bidang tersebut.
Oleh
itu seseorang itu perlu "minat" dalam ilmu-ilmu agama jika dia mahu
mendalaminya. "Minat" ini boleh diterapkan dalam diri seseorang dengan
memikirkan manfaatnya kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling,
ditambahi dengan ganjaran Allah di Hari Akhirat nanti.
[3] Bersabar.
Tidak
ada short cut dalam menuntut ilmu. Tidak boleh duduk dan angan-angan
diri sendiri umpama sebuah komputer: letak sahaja cdrom dan install,
program terus berjalan.
Menuntut
ilmu harus berperingkat dan bertahap-tahap. Bagi setiap individu
peringkat dan tahap berbeza-beza kerana manusia memiliki kemampuan yang
berbeza di dalam mencerna ilmu-ilmu yang diterimanya. Ada yang cepat,
ada yang sederhana dan ada yang lambat.
Yang
pentingnya manusia itu berusaha dengan kemampuan yang dimiliki oleh.
Kemampuan itu sendiri sesuatu yang tidak tetap (not fixed), ia sentiasa
dinamis selari dengan kadar usaha seseorang itu.
Oleh itu yang penting ialah berusaha dan bersabar di atas usaha tersebut.
Dalam
sebuah hadisnya, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Menuntut ilmu adalah
wajib ke atas Muslim." Baginda tidak bersabda, umpama: "Menjadi pandai
adalah wajib ke atas Muslim."
Bererti yang dituntut oleh Islam ialah berusaha menuntut ilmu dan bukannya menjadi pandai tanpa berusaha terlebih dahulu.
[4] Berani menghadapi kegagalan.
Seorang bayi tidak akan dapat berjalan jika dia enggan menerima risiko terjatuh ketika berlatih berjalan.
Seorang
penunggang basikal akan cepat bangun apabila terjatuh jika sebelum itu
dia sudah biasa terjatuh, berbanding dengan seseorang yang sebelum itu
tidak pernah jatuh.
Seorang
pemain skate board akan berani membuat stunt di papan lunsur jika
sebelum itu dia telah berlatih dan menerima hakikat bahawa jatuh itu
adalah salah satu metode latihan yang akan membawa dia ke kejayaan.
Demikian juga seorang penuntut ilmu tidak akan berjaya jika sebelum itu dia enggan menerima risiko tersilap atau terkeliru.
Sebahagian
orang menuntut ilmu kerana ingin menjadi mujtahid yang maksum dan
menulis buku yang 100% betul umpama al-Qur'an. Termasuk dalam kategori
ini adalah orang yang enggan menerima teguran atau pembetulan.
Orang-orang
sebagaimana di atas tidak akan mencapai kejayaan yang sebenar kerana
mereka sendiri pada asalnya takut untuk mencapai kejayaan tersebut.
[5] Mempelbagaikan cara berinteraksi dengan ilmu.
Manusia
menerima dan memproses ilmu dengan pelbagai cara. Jika seseorang itu
hanya mengikat dirinya kepada satu cara, maka dia akan terikat
selama-lamanya dengan cara itu sahaja. Apabila cara itu hilang, maka
dia tidak akan lagi dapat memperoleh apa-apa ilmu.
Contohnya
ialah orang yang hanya mahu belajar secara face to face dengan seorang
guru. Apabila gurunya tiada, dia tidak lagi dapat mempelajari apa-apa
ilmu.
Selain
itu, termasuk dalam "mempelbagaikan cara berinteraksi dengan ilmu"
ialah mempelajari cara-cara menyampaikan ilmu. Apakah gunanya ilmu yang
banyak apabila ia tidak boleh dikongsikan kepada orang ramai yang
memerlukannya ?
Sebagai
contoh, banyak orang yang berilmu tetapi tidak tahu menggunakan MS Word
sehinggakan kertas kerja 10 mukasurat mengambil masa sebulan untuk
siap. Itupun dengan macam-macam kesilapan format dsbgnya. Banyak juga
yang berilmu tetapi tidak tahu untuk bercakap (Public speaking)
sehingga akhirnya tinggallah orang yang pandai bercakap tetapi sikit
ilmu yang memenuhi jadual ceramah di masjid dan surau.
Termasuk
juga dalam kategori "mempelbagaikan cara berinteraksi dengan ilmu"
ialah mempelajari tentang diri manusia sendiri daripada orang-orang
yang kerja mereka memang mengkaji manusia.
Orang-orang
seperti ini, yang juga dikenali sebagai "Self improvement guru" adalah
mereka yang memiliki keahlian dalam mengkaji tabiat manusia dan
cara-cara untuk memperbaikinya.
Banyak
hasil kajian mereka yang dapat kita manfaatkan seperti susunan masa
yang efektif (7 Habits of Successful people), daya ingatan (Brain
power), kaedah membaca (speed reading), pengendalian tekanan hidup
(stress management) dan lain-lain.
[6] Menjauhkan perkara yang sia-sia.
Mustahil
untuk berhimpun di dalam satu jasad perkara-perkara mungkar dan
ilmu-ilmu agama kerana kedua-duanya adalah sesuatu yang saling
bertentangan.
Bukan sekadar perkara yang mungkar, yang sia-sia dan samar-samar juga adalah sesuatu yang bertentangan.
Oleh
itu hendaklah dijauhi segala yang sia-sia (al-Laghw) atau samar-samar
seperti muzik, URTV, rokok, mendengar/melihat/mencari kesalahan orang
dan lain-lain.
Semua
di atas digantikan dengan zikir, solat sunat dan bacaan al-Qur'an.
Perlu dingatkan bahawa 3 di atas adalah sebagai pengisi masa lapang
ketika berehat daripada mengkaji ilmu-ilmu agama.
[7] Berdoa dan Tawakkal.
Mencapai kejayaan dalam Islam memiliki beberapa langkah:
[a] Berhajat (cita-cita), [b] berusaha, [c] BERDOA, [d] TAWAKKAL dan [e] menyemak semula.
Ini adalah sesuatu yang straight forward tanpa memerlukan ulasan lanjut.
Menyemak
semula adalah satu poin yang tidak kurang pentingnya kepada ilmu adalah
satu perkara yang tidak memiliki titik noktah. Ilmu sentiasa bergerak
dan dinamis sehingga menjadi satu kelaziman di kalangan para ilmuan
mereka meralat pendapat mereka yang awal.
Sekian 7 poin atau teknik yang dapat saya gariskan pagi ini. Semoga bermanfaat, wassalam.