Assalamu'alaikum,

Apa dia tanda-tanda kekafiran tu?

Harap ada sesiapa tolong terangkan. Takut-takut saya termasuk dalam golongan nih. Wallahu a'lam.

Jawapan Cikgu Rahim

Masalah kafir adalah masalah besar. Oleh itu umat Islam tidak boleh menjadikan kalimah 'kafir' sebagai permaianan lidah kerana dengki, marah dan sebagainya. Perbuatan mengkafir seseorang Islam yang lain dengan sewenang-wenangnya dan tidak ada tanda-tanda kekafirannya, akan menyebabkan tuduhan itu kembali kepada orang yang menuduh atau menghukum kafir.


Dalil
Hadis

  • "Janganlah seseorang menuduh org lain dgn fasik atau kafir, kecuali hal itu akan jatuh pada diri si penuduh itu jika org yg dituduh tidak bersifat demikian" (Bukhari)
  • "Barangsiapa menuduh pada seseorang (muslim) dengan tuduhan kafir atau mengatakan sebagai musuh Allah pada hal dia bukan kafir dan musuh Allah, maka org yg menuduh itu akan ditimpa kekafiran atau satu
    permusuhan dari Allah" (Muttafaq alaih)
  • "Apabila seseorang berkata kpd saudaranya, "Hai kafir", maka jadilah salah seorang itu kafir" (Bukhari)

 

Seorang muslim tidak menjadi kafir walau bagaimana besar dosanya kecuali mensyirikkan Allah SWT. Imam Syafie berkata, "Saya tidak menghukum kafir kpd seseorang dari ahli kiblat kerana dosanya".

Jadi, berhati-hatilah bila menghukum seseorang muslim kafir. Antara tanda-tanda kekafiran yang disenaraikan dalam Risalah Taalim adalah seperti berikut:

1. Berikrar dgn kalimah kufur

Contoh: Aku tidak mengaku kerasulan Nabi Muhammad.

 

2. Mengingkari seusuatu yg diketahui dr agama dgn dhrurah.

Contoh: Mengingkari pengharaman zina.

 

3. Mendustakan kenyataan Al Quran.

Contoh: Mengingkari kewujudan makhluk jin.

 

4. Penafsiran palsu dlm setiap keadaan.

Contoh: Kenikmatan syurga hanya perumpaan shj. Menafsir 'penutup para nabi dgn tafsiran selain dari makna mengakhiri para nabi.

 


5. Melakukan satu perkara yang tidak lain ditakwilkan melainkan dgn kekufuran.

Contoh: Membantu kuffar menentang Islam. Memperolok-olokan Allah, RasulNya dan Islam.