Sesekali ramai kalangan kita yang mendapat kesempatan untuk menghadiri seminar atau talk yang dibuat oleh beberapa tokoh barat dalam berbagai bidang. Biasanya setelah habis seminar atau 'talk' itu perkataan yang biasa terdengar ialah dalam Islam dah ada benda/perkara itu. Islam dah cerita perkara itu beribu tahun sudah dan bla, bla, bla yang lain.

Saya selalu tersenyum apabila mendengar kata-kata demikian tetapi merasa sedih selepas itu. Tokoh barat sedemikian setelah membuat penyampaian akan membawa balik beg yang berisi ratusan ribu ringgit pulang kenegara mereka. Kita masih berkata Islam dah ada semua perkara yang disebutkan.

-------------------

Komen THTL:

Orang Kelate ada pepatah untuk menggambarkan fenomena ini:

"Bodo tak leh ajar, cerdik tak leh tupe..."

Maksudnya: Dia tu nampak bodoh dan jahil tapi kalau kita cuba mengajarnya, pelbagai alasan yg diberi…pada waktu yg lain dia nampak cerdik, tapi kecerdikannya tak boleh dimanfa'atkan oleh orang lain.

Hakikatnya, walaupun apa yang mereka dakwa...kita sebenarnya adalah suatu umat yg sedang dilanda kemelesetan dalam semua aspek. Al-Qur'an yg berada dalam almari, hiasan dinding dirumah dan mesjid sudah lama ditinggalkan oleh umat Islam...

Kita umat yang mengikut, bukan diikuti...
Kita umat yang mengguna ciptaan orang lain bukan mencipta
Kita umat yang dipimpin bukan memimpin...

Ketahuilah mereka yg mengatakan,"alah..Islam dah ada semua dah, Islam dok sebut 1000 tahun dulu dah...sebenarnya sedang dibuai mimpi yang amat mengasyikkan....inilah Mat Jenin alaf baru yang menyiksakan umat.

Gegarlah dia, sergahlah dia bahawa Islam sedang tenggelam, sebagaimana titanic....Islam sedang terbakar, terbakar secara terbuka yang kemudian menghasilkan jerebu yang kelam dan perit...