Assalamualaikum

Terlebih dahulu saya menyusun jari sepuluh memohon maaf jika menjadi suatu kesalahan atau ada yang tersinggung. INGIN BERTANYA SEBAB RASA NNYA SEPERTI DI PUTAR BELITKAN.


BOMOH TANGKAP LANGSUIR ATAU PONTIANAK. Kenyataan akhbar Mufti Wilayah Dato' Hashim Yahya mengatakan kebenaran wujud nya hantu/syaitan/iblis atau sebagai nya. Tetapi kita diminta jangan sampai terpengaroh berlebihan supaya tidak menjadi huru hara dan merosakkan keimanan kita.


Tetapi yang muskil bagi saya ialah kenyataan yang di buat oleh ... Dulu Kernal Kor Agama sekarang dah duduk dalam gerobok almari kerajaan ( Menteri ) dan bergelar Tan Sri kalau tak silap saya ....Kenyataan nya tiga hari lepas dalam Berita TV3........Di minta orang ramai supaya jangan mempercayai cerita itu. Itu semua adalah KARUT .???( hantu , pontianak , langsuir ada lah karut ).


Mufti Kedah mengulas , ia nya memang wujud sebab itu di dalam Al Quran ada surah yang di panggil " SURAH JIN " ini amat jelas dan nyata. Tambah beliau syaitan akan berbuat berbagai cara untuk menggangu maanusia yang menyembah ALLAH.

Dalam bab agama saya memang cetek. Kita selalu menyebut "a'u zubil'la himinas...SYAITON NIROJIM " kan jelas di sini di nyatakan perkataan Syaitan ? Lagi pula kalau benda tu tak wujud , tak kan di sebut oleh semua orang ? Dari mana datang nya perkataan Hantu , Polong , Pontianak , Langsuir dan .... Kenapa tak di sebut rambutan ke , mangga ke , betik ke dan .. Saya hairan dan keliru lah dengan penjelasan yang dibuat oleh seorang ulamak yang saya minati satu ketika dulu.

PERSOALAN : BAGAIMANA KAH ATAU TERPESONG KAH PEGANGAN NYA ATAU AKIDAH NYA KERANA TIDAK MEMPERCAYAI HADIS ATAU AYAT YANG SUDAH TERTULIS / TERMAKTUB DI DALAM AL-QURAN DENGAN JELAS.


-----------------------

Komen THTL:


Allah menyebut makhluk jahat ini dari jenis jinn dan manusia. (Lihat surah an-nas) Bolehkah kita menangkap makhluk jahat dari jenis manusia? Boleh tapi sukar.

Bagaimana dgn jinn? apakah ada nas yang kata kita tak boleh tangkap mereka? TIADA, bahkan Nabi saw pernah menangkap jinn, kemudian baginda melepaskannya...maknanya boleh tangkap jika kita ada ilmu.

Apakah jenis ilmu itu? Siapakah dukun atau bomoh yang mendakwa mampu berbuat demikian? Apakah dia termasuk orang yang boleh dipercayai? Mengenai species jinn yang ditakuti dalam masyarakat: vampire (di Eropah), serigala jadian (werewolf diBarat), pontianak (perempuan dibunuh kejam bangkit dari kubur menjadi pontianak), langsuir (hantu raya yg dibela oleh dukun), Toyol (hantu kenit yang pakar mencuri wang), pelesit (hantu belaan dukun yg menghisap darah). Apakah ia wujud atau metos sahaja?


Bagaimana dengan vampire manusia (menghisap darah dan keringat rakyat seperti diktator yang kejam cthnya Fir'aun), atau perompak wang dan harta manusia seperti pengamal riba,, atau werewolf (kaum munafik) atau pelesit manusia @ kaum kapitalis yang mencekik dan menindas rakyat biasa dgn amalan monopoli dan manipulasi pasaran. Mana yang kita nak tangkap dulu? Jinn dari jenis manusia atau dari jenis syaitan?