Assalamualaikum waRahmatullah,


Alhamdulillah, suka cita dimaklumkan terbitan sebuah buku baru:

Judul: Jawapan Ahl al-Sunnah Kepada Syi‘ah al-Rafidhah Berkenaan Keutamaan Dan Sejarah Para Sahabat.

Pengarang: Abd Allah Abd al-Qadir al-Taliri

Penterjemah: Muhammad Amin Yaacob

Penyunting: Hafiz Firdaus Abdullah

Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru.

Saiz buku: 7 x 7, 343 mukasurat


Harga: RM26.00

Di mana: Kedai-kedai yang biasa menjual buku agama terbitan Jahabersa. Atau pesan terus dari penerbit di 07-235 1602.

Ulasan ringkas:

Jika dirujuk kepada mana-mana sumber Syiah, akan ditemui bahawa sahabat yang memiliki keutamaan hanyalah 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain. Pada waktu yang sama, akan ditemui bahawa sahabat-sahabat yang lain memiliki sifat-sifat yang tercela dan buruk.

Ini berlaku kerana mereka (Syiah) hanya menghimpunkan ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah yang menerangkan keutamaan 'Ali, Fathimah, Hasan danHusain. Adapun ayat dan hadis berkenaan keutamaan para sahabat yang lain, mereka diamkan sahaja. Pada waktu yang sama, mereka mengemukakan kisah-kisah sejarah yang kononnya menerangkan kecelaan dan keburukan para sahabat tersebut.

Orang ramai yang tidak mengenal secara keseluruhan ayat-ayat dan hadis-hadis dalam bab ini akan mudah terpengaruh dengan strategi Syiah ini.

Alhamdulillah melalui buku ini, orang ramai akan dapat mengenali bahawa semua sahabat memiliki keutamaan yang dipersaksikan oleh al-Qur’an dan al-Hadis yang sahih. Pada waktu yang sama, buku ini juga menjawab kisah-kisah sejarah yang digunakan oleh Syiah bagi mencela dan memburukkan para sahabat. Antara kisah-kisah tersebut adalah:

1. Tindakan ekspedisi Usamah bin Zaid yang kembali ke Madinah apabila mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjadi gering kerana ingin menahan jawatan khalifah daripada jatuh ke tangan ‘Ali.

2. Tindakan para sahabat yang tergesa-gesa berjumpa di dewan Bani Sa‘idah dengan meninggalkan ‘Ali untuk melantik Abu Bakar.

3. Suasana hiruk pikuk yang berlaku di dewan Bani Sa‘idah.

4. Abu Bakar merampas Tanah Fadak daripada Fathimah. Ini menimbulkan kemarahan kepada Fathimah sehingga apabila beliau meninggal dunia, beliau dikebumikan senyap-senyap pada malam hari.

5. Tindakan ‘Ali yang tidak membai‘ah Abu Bakar kecuali setelah beberapa bulan.

6. Tindakan ‘Umar al-Khaththab yang melarang hajat Rasulullah untuk menulis wasiat perlantikan ‘Ali di akhir hayat baginda.

7. Hadis yang menerangkan para sahabat akan dihalang daripada Telaga Haudh pada Hari Akhirat nanti.