36 Kritikan Ke Atas Buku
Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya

 

Hafiz Firdaus Abdullah

 
 

 

 

 

#10: Kesilapan Menterjemah al-Umm.

 

Setelah membuat helah dalam menukil dan menterjemah kata-kata al-Hafiz Ibn Rejab, pihak ASSSDK meneruskan helah mereka dalam menukil dan menterjemah kata-kata al-Syafi’e rahimahullah pula. Ia bermula dalam ASSSDK 17:

Berdasar kepada Hadis di atas Imam al-Syafi’e berkata: “Berzikir dengan nyaring ketika menyebut kalimah-kalimah ini selepas solat fardhu adalah diharuskan bagi imam dan sesiapa yang solat bersendirian.

 

Kritikan:

Terjemahan di atas perlu disemak semula. Ia seperti berikut:

قال الشافعي: وهذا من المباح للإمام وغير المأموم.

 

Berkata al-Syafi’e: “Dan ini (berzikir dengan suara kuat) termasuk perkara yang mubah bagi imam, namun bukan untuk makmum.”[1]

 

Seandainya al-Syafi’e berpendapat mubah hukumnya bagi orang yang solat bersendirian untuk berzikir secara kuat, nescaya beliau akan menyebutnya dengan cara yang membezakan antara makmum yang solat berjamaah dan seseorang yang solat bersendirian. Perhatikan kata-kata al-Syafi’e berikut ini:

 

وأستحب للمصلى منفردا وللمأموم أن يطيل الذكر بعد الصلاة ويكثر الدعاء رجاء الإجابة بعد المكتوبة.

 

Dan aku menyukai bagi orang yang solat bersendirian dan bagi makmum agar memanjangkan zikir selepas solat dan memperbanyakkan doa, mudah-mudahan ia diterima selepas solat fardhu lima waktu.[2]

 

 


 

[1]               Kitab al-Umm (ditahqiq, dibariskan dan ditakhrij oleh Ahmad Badr al-Din Hassun; Dar al-Qutaibah, 1996), jld. 2, ms. 221.

[2]               Kitab al-Umm, jld. 2, ms. 222.