36 Kritikan Ke Atas Buku
Hafiz Firdaus Abdullah |
||
#12: Tokok Tambah Di Atas Kitab al-Umm.
ASSSDK 17: قَالَ: وَأَيُّ إمَامٍ ذَكَرَ اللَّهُ بِمَا وُصِفَتْ جَهْرًا أَوْ سِرًّا أَوْ بِغَيْرِهِ فَحَسَنٌ. Imam al-Syafi’e berkata lagi: “Mana-mana imam yang berzikir dengan memuji-muji Allah bersama sifat-sifat yang telah disebut dalam hadis ini atau dengan sifat-sifat yang tidak disebutkan dalam hadis ini, selepas solat fardhu lima waktu, sama ada secara nyaring atau perlahan, maka semuanya itu adalah suatu amalan yang baik.”
Kritikan: Apa yang saya gariskan daripada terjemahan pihak ASSSDK tidak terdapat dalam teks asal al-Umm. Perhatikan pembarisan teks al-Umm yang dilakukan oleh pihak ASSSDK dan bandingkannya dengan pembarisan yang dilakukan oleh Ahmad Badr al-Din Hassun, muhaqqiq kitab al-Umm yang menjadi rujukan yang diiktiraf oleh dunia Islam:
قَالَ: وَأَيُّ إمَامٍ ذَكَرَ اللَّهَ بِمَا وَصَفْتُ جَهْرًا أَوْ سِرًّا أَوْ بِغَيْرِهِ فَحَسَنٌ.
Berkata (al-Syafi’e): “Mana-mana imam yang berzikir kepada Allah dengan apa yang saya sifatkan sebagai kuat, perlahan atau dengan cara selainnya, maka ia adalah baik.”
Pembarisan yang dibuat oleh pihak ASSSDK adalah semata-mata bagi menjustifikasi amalan sebahagian agamawan yang cenderung menokok tambah zikir selain dari apa yang sudah sabit daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. |
||