36 Kritikan Ke Atas Buku
Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya

 

Hafiz Firdaus Abdullah

 
 

 

 

 

# 18: Kekeliruan Dalam Penggunaan Hadis Dha‘if (1).

 

ASSSDK 22:

Justeru itu kesimpulannya, Hadis ini masih boleh diamalkan di dalam ibadah sunat yang berkaitan dengan kelebihan atau dikenali sebagai Fadhaa’ilu al-A’mal.

 

Kritikan:

Apabila sebuah hadis dha‘if menepati syarat-syarat untuk digunakan sebagai Fadha’il al-A’mal, ia boleh digunakan untuk menerangkan kelebihan amalan yang wajib dan sunat. Penggunaannya tidak terbatas kepada amalan sunat sahaja sebagaimana yang diisyaratkan oleh pihak ASSSDK di atas. Asalkan sesuatu amalan yang wajib atau sunat itu sudah sabit melalui dalil-dalil syar’e iaitu al-Qur’an, al-Sunnah yang sahih atau hasan, al-Qiyas, al-Ijma’ dan lain-lain, maka boleh menggunakan hadis yang dha‘if untuk menerangkan kelebihannya.

Contoh penggunaan hadis dha‘if untuk menerangkan kelebihan amalan wajib ialah riwayat berikut:

 

مَثَلُ الْصَّلاَةِ الْمَكْتُوبَةِ كَمَثَلِ الْمِيْزَانِ مَنْ أَوْفَى اسْتَوْفَى.

 

Perumpamaan solat fardhu lima waktu ialah seperti sebuah alat penimbang, sesiapa yang memberi sepenuhnya akan mendapat sepenuhnya.[1] Solat fardhu lima waktu dan perlaksanaannya secara khusyuk lagi sempurna adalah sesuatu yang sabit dalam syari’at Islam. Maka dibolehkan menggunakan hadis dha‘if di atas bagi menerangkan kelebihan solat fardhu lima waktu yang dilaksanakan secara khusyuk lagi sempurna.

 

 


 

[1]               Dha’if: Dikeluarkan oleh ‘Abd Allah ibn al-Mubarak dalam Kitab al-Zuhud secara mursal dan al-Baihaqi dalam Syu‘ab al-Iman dengan sanad yang dalamnya ada seorang perawi yang majhul. Demikian takhrij al-Hafiz al-‘Iraqi dalam al-Mughni ‘an Hamli al-Asfar fi al-Asfar fi Takhrij ma fi al-Ihya’ min al-Akhbar (edisi cdrom: al-Muhaddits v8.65), hadis no: 14.