36 Kritikan Ke Atas Buku
Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya

 

Hafiz Firdaus Abdullah

 
 

 

 

 

# 24: Kesalahan Doa Bangun Tidur.

 

ASSSDK 58:

Begitu juga, bila kita sedar daripada tidur, kita disunatkan memuji Allah SWT dengan berkata: “Segala puji bagi Allah SWT yang telah menghidupkan kami selepas Dia mematikan kami dan kepadaNyalah kita akan dikembalikan.”

 

Kritikan:

Dalam hadis yang sahih doa di atas sebenarnya adalah:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ.

 

Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepada-Nyalah kami akan dibangkitkan.[1]

 

Perkataan النشور bermaksud dibangkitkan pada Hari Akhirat, umpama ayat berikut:

 

هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ ذَلُولًا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِن رِّزْقِهِ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

 

Dia-lah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah-lah (kamu) akan dibangkitkan semula. [al-Mulk 67:15]

 

Adapun perkataan “kepadaNyalah kita akan dikembalikan”, maka contoh yang tepat lagi masyhur ialah ayat berikut:

 

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

 

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah-lah kami kembali.” [al-Baqarah 2:156]

 


 

[1]               Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6312.