36 Kritikan Ke Atas Buku
Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya

 

Hafiz Firdaus Abdullah

 
 

 

 

 

# 25: Antara Perkataan Dan Amalan.

 

ASSSDK 58:

Begitu jugalah bila kita selesai solat, maka kita mesti memuji juga Allah SWT, dengan maksud, disebabkan oleh Rahmat dan Hidayat daripada Allah SWT, maka kita berjaya mengerjakan solat ini. Kalau Allah SWT tidak memberikan RahmatNya dan HidayahNya untuk kita, sudah tentu kita tidak mampu melakukannya.”

Jawapan yang diberikan oleh mereka cukup menarik, bernas dan menepati konsep bersyukur yang dianjurkan oleh Islam. Bila kita melihat Hadis-Hadis sahih, kita akan mendapati bahawa, selain daripada lafaz Tahmid iaitu الحمدالله 33 kali, tidak ada satu pun lafaz khusus yang diajar oleh Rasulullah SAW, untuk memuji-mujinya selepas selesai sahaja memberi salam daripada solat.

 

Kritikan:

Dalam perkataan di atas, kelihatannya pihak ASSSDK membataskan rujukan mereka kepada hadis-hadis yang sahih. Akan tetapi secara amalan, sebagaimana yang telah dibuktikan dalam beberapa kritikan sebelum ini, pihak ASSSDK telah menggunakan hadis yang tidak pasti darjatnya dan mengemukakan lafaz zikir yang berbeza daripada hadis yang sahih. Malah jika dikaji buku ASSSDK seterusnya, akan ditemui pengemukaan hadis-hadis yang dha‘if.

Nampaknya apa yang diperkatakan oleh pihak ASSSDK tidak sama seperti apa yang mereka amalkan. Marilah sama-sama kita menasihati diri kita sendiri dengan merenung firman Allah Subhanahu wa Ta'ala berikut ini:

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ

 

كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

 

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. [al-Saff 61:2-3]