36 Kritikan Ke Atas Buku
Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya

 

Hafiz Firdaus Abdullah

 
 

 

 

 

# 30: Kepentingan Merujuk Kepada Kitab Asal (2).

 

Masih dalam rangka membela lafaz istighfar popular:

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ.

pihak ASSSDK 64 mengemukakan hadis berikut:

Hadis keempat ialah Hadis dha‘if, riwayat Imam al-Thobarani di dalam kitabnya الأوسط dan الصغير , daripada al-Bara’ bin ‘Azib, katanya:

"قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :

" مَنْ قَالَ دُبُرَ كُلَّ صَلاَةٍ أَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ غُفِرَ لَهُ وَإِنْ كَانَ فَرَّ مِنَ الزَّحْفِ. "

 

Maksudnya:

“Rasulullah telah bersabda: “Sesiapa yang beristighfar setiap kali selepas solat fardhu dengan lafaz:

أَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Nescaya diampunkan dosanya walaupun dosa melarikan diri dari medan perang.”

 

Dalam notakaki nombor 72, pihak ASSSDK menyebut rujukan:

مجمع الزوائد ومنبع الفوائد – (ج 4 \ ص 448)

 

 

Kritikan:

Jika pihak ASSSDK merujuk terus ke kitab al-Mu’jam al-Ausath[1] dan al-Mu’jam al-Shagheir[2] karangan al-Thabarani rahimahullah, nescaya mereka akan lebih gembira kerana lafaz zikir yang sebenarnya disebut dalam kedua-dua rujukan itu lebih mendekati lafaz istighfar popular yang sedang mereka bela, iaitu:

 

مَنْ قَالَ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ: أَسْتَغْفِرُ اللهَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ, غُفِرَ لَهُ وَإِنْ كَانَ فَرَّ مِنْ الزَّحْفِ.

 

Akan tetapi, sekalipun al-Hafiz al-Hatsami rahimahullah telah menilainya dha‘if dalam Majma’ al-Zawa’id, hadis no: 16934, al-Albani rahimahullah telah menilainya sebagai amat dha‘if (dha‘if jiddan) dalam Silsilah al-Ahadits al-Dha‘ifah, hadis no: 4546 dan Dha‘if al-Targhib wa al-Tarhib, hadis no: 990.

 


 

[1]               Hadis no: 7738.

[2]               Tahqiq: Muhammad Syukur & Mahmud al-Haj, terbitan al-Maktab al-Islami, Beirut, 1405H (www.islamww.com), hadis no: 839.