Islam, Jantina Dan Seks

Hafiz Firdaus Abdullah

 

Prakata

 

 

Bismillahir Rahmanir Rahim

 

Buku ini merupakan himpunan karya saya yang terdiri daripada artikel, nota kuliah, kertas kerja dan selainnya. Pada masa lalu buku seumpama ini saya berikan judul Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah dan sehingga kini telah terbit enam siri. Bagi siri ketujuh ini, saya memilih tajuk daripada risalah yang pertama sebagai tajuk buku.

 

Saya berharap risalah-risalah yang mengupas pelbagai tajuk ini dapat menjadi bahan kajian dan rujukan yang bermanfaat kepada para pembaca sekalian. Risalah-risalah ini menyentuh tajuk-tajuk yang saya anggap penting namun hanya memerlukan kupasan yang sederhana. Ia berada di pertengahan, tidak terlalu besar sehingga dijadikan buku dan tidak terlalu remeh sehingga diabaikan sahaja.

 

Wassalamu’alaikum

Hafiz Firdaus Abdullah

5 Jun 2009