“Jika dikehendaki Allah (insya-Allah).”

Beberapa Pengajaran Doa:

  1. Doa ini berasal dari al-Qur’an, iaitu: Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu kemudian nanti”; melainkan (hendaklah disebut): “Insya Allah”. [al-Kahf 18:23-24]
  2. Apabila kita sudah membuat pilihan untuk melakukan satu perkara, ucapkanlah insya-Allah. Dengan ucapan ini, bererti kita menyerahkan pilihan kita kepada Allah. Jika ia baik dan sesuai dengan kehendak Allah, Allah akan mempermudah dan menjayakannya. Jika ia buruk dan tidak sesuai dengan kehendak Allah, Allah akan menyukar dan menggagalkannya. Pengetahuan Allah akan apa yang kita pilih tiada bandingannya dengan pengetahuan kita.
  3.  Apabila apa yang kita pilih berjaya dicapai, ucapkanlah Alhamdulillah. Apa yang kita pilih gagal dicapai, ucapkanlah: “Taqdir Allah dan apa yang Allah kehendaki pasti terjadi” [Shahih Muslim, no: 4816]. Jangan merungut kerana sejak awal kita telah menyandarkannya kepada kehendak Allah.
  4. Insya-Allah diucapkan setelah kita membuat pilihan. Maka jangan mengucapkan insya-Allah jika kita masih ragu-ragu atau belum membuat sesuatu pilihan atau keputusan.