Soalan

Adakah cukup dengan lafaz “aku bertaubat dan menyesal” dengan perbuatan lama serta cuba untuk menjadi hamba yang soleh/solehah sahaja tanpa melakukan solat sunat taubat atupun taubat nasuha?

Gadis ingin tahu, Shah Alam  

Penjelasan:

Tidak perlu apa-apa lafaz untuk bertaubat. Terdapat empat langkah yang perlu dilakukan oleh orang yang ingin bertaubat: (1) Menyesali perbuatan salah yang telah dilakukan. (2) Memohon keampunan kepada Allah. Ini dilakukan dengan solat sunat taubat sebagaimana hadis yang diriwayatkan dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 406. (3) Berhenti melakukan kesalahan tersebut dan (4) Berusaha untuk memperbanyakkan amal shalih seperti kerja-kerja sukarelawan yang bermanfaat untuk agama dan masyarakat. Langkah keempat adalah penting supaya orang yang bertaubat berterusan dengan taubatnya. Jika dia memperlekehkan amal shalih, kemungkinan besar dia akan kembali melakukan kesalahan yang awal.