Soalan

Apakah hukum pereka dan penjual fesyen wanita muslim yang tidak menutup aurat?

Diah, Pekan Nenas, Johor.

 

Jawapan:

Pada zaman mutakhir memang sukar mencari kerjaya yang 100% halal. Islam telah memberi jalan keluar terhadap cabaran ini. Pertama, pastikan anda tidak melakukan dosa-dosa besar kerana: “Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga).” [Surah al-Nisa’, ayat 31]. Kemudian perbanyakkan amal kebajikan seperti kerja sukarelawan untuk Islam dan masyarakat kerana: “Sesungguhnya amal-amal kebajikan menghapuskan kejahatan (dosa besar yang kamu lakukan).” [Surah Hud, ayat 114]