Soalan:

Ketika tidur, adakah kita dianjurkan atau dilarang daripada menghadap sekian-sekian arah?

Izyani, Meru, Klang.


Jawapan:

Saya biasa mendengar petua orang bahawa tidur hendaklah kepala menghadap kiblat dan jangan pula kaki yang menghadap kiblat. Akan tetapi sejauh yang saya kaji dalam hadis-hadis yang sahih, tidak ditemui apa-apa berkaitan arah tidur, sama ada anjuran atau larangan. Paling dekat dalam persoalan ini ialah tidur dengan berbaring di lambung kanan (Shahih Muslim, no: 2710).