Soalan:
Bolehkah lelaki dan wanita bukan mahram berdua-duaan di rumah sementara ibubapa mereka juga berada di rumah tetapi di ruang lain seperti dapur?

Natasya, Ampang, Selangor.

Jawapan:

Allah s.w.t. berfirman: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.” [Surah al-Isra’, ayat 32]

Berdasarkan ayat ini, Islam bukan sahaja melarang zina tetapi melarang apa-apa tindakan atau suasana yang boleh menghampirkan seseorang itu kepada zina. Oleh itu dilarang bercampuran antara lelaki dan wanita yang bukan mahram melainkan hadir bersama orang lain yang diketahui tegas mencegah kemungkaran apabila wujud tanda-tanda awal ke arahnya.