Soalan:
Apakah hukum kita membeli makanan daripada orang bukan Islam yangdiyakini ia halal?

Rosidah, Enggor, Perak.


Jawapan:

Harus berurus niaga dengan mereka yang belum Islam, urusniaga itu sah.Malah jika peniaga belum Islam itu bersih, jujur, sopan dan menawarkan hargayang baik, tidak mengapa mengutamakan urusniaga bersama mereka. Sikap sepertiini akan menimbulkan daya saing di kalangan peniaga Islam sehingga merekapunakan berubah menjadi lebih baik berbanding peniaga belum Islam. Namun jika terdapatkesamaan akhlak dan harga antara peniaga Islam dan belum Islam, hendaklahdiutamakan peniaga Islam. [Fiqh Harta: Satu Pengenalan, ms. 93-96]