Soalan:

Wanita Membotakkan Kepala.Bolehkahseorang wanita membotakkan kepalanya? Saya mengenali seorang muslimat yang ingin menunaikan umrah sementara rambutnya yang ada sekarang telah diwarnakannya.


Jawapan:

Terdapat dua soalan dalam pertanyaan di atas. Pertama, hukum membotakkan kepala ataumencukur rambut bagi seorang muslimat. Hukumnya dilarang berdasarkan sabdaRasulullah SAW: “Bukanlah bagi seorang wanita membotakkan kepalanya,sesungguhnya bagi seorang wanita tidak lain adalah memotong sedikit darirambutnya.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 1986]

Hadis di atasbaginda sampaikan berkaitan ibadah haji dan umrah. Nah! Jika untuk beribadahseorang muslimat tidak dibenarkan membotakkan kepalanya, apatah lagi di luaribadah – sudah tentu ia dilarang juga.Soalankedua berkenaan rambut yang diwarnakan, di mana yang menjadi pertimbangan ialahsama ada rambut tersebut dapat disentuh air atau tidak ketika berwudhu’. Inipenting kerana solat yang sah bergantung kepada wudhu’ yang sah. Sama adamelaksanakan umrah atau tidak, seseorang itu tetap wajib mendirikan solat danstatus wudhu’nya perlu dipastikan sah.Adadua jenis pewarna rambut.

Pertama ialah yang tidak kalis air (washable),maka wudhu’nya sah, solatnya sah dan dia boleh meneruskan hajat untukmelaksanakan umrah. Kedua ialah yang kalis air. Jelas di sini bahawamenggunakan pewarna rambut yang kalis air ialah satu kesalahan kerana iamemberi kesan kepada status wudhu’ penggunanya.

Namun ia bukan alasanuntuk tidak berwudhu’, tidak solat dan menangguhkan hajat melaksanakan umrah.Sebaliknya hendaklah dia meneruskan semua ibadah dan hajatnya, pada waktu yangsama meminta ampun kepada Allah SWT dan memohon agar Dia menerima ibadahnya.Allah ialah tuhan yang Maha Pengampun, Maha Penyayang, maka usahlah segan untukberdoa kepada-Nya sambil bertaubat dari kesalahan yang telah dilakukan.