Soalan:
Apakah hukum menggunakan tabung berbentuk binatang bagi tujuan simpanan duit?

Rahimah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Jawapan:
Apa-apa yang berbentuk makhluk hidup yang tersimpan di dalam rumah seseorang itu menjadi penghalang bagi malaikat rahmat untuk memasukinya. Ini termasuk lukisan, imej dan patung [Shahih Muslim, no: 2112]
Pengecualian diberikan kepada anak patung mainan kanak-kanak kerana Aisyah (isteri Nabi) pernah bermain dengan patung ketika umur kanak-kanak dan Rasulullah tidak melarangnya [Shahih Sunan Abu Daud, no: 4932].
Tabung duit yang berbentuk binatang termasuk dalam kategori patung, justeru ia antara benda yang ditegah dari disimpan di dalam rumah. Apatah lagi pada masa kini terdapat banyak tabung duit yang berbentuk selain makhluk hidup. Tukarlah tabung anda kepada yang tidak berbentuk makhluk hidup, nescaya Allah akan melipat gandakan tabungan anda.